AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!

Nyawaku Berharga 5 Ringgit


“5 ringgit encik.” minta wanita penjaga kaunter pendaftaran rumah sakit.

Dengan wajah bersahaja tanpa rasa simpati dan bersalah, senang-senangnya meminta uang pada pesakit. Maka aku salah orang mangsanya. Apakah yang harus aku lakukan?

Cubalah kawan perhitungkan, jika 100 orang yang datang menunaikan kewajiban memeriksa kesihatannya di rumah sakit dengan bayaran RM 5.00 - bukan RM00.05 ya – sekali rawatan. 100 orang didarab dengan 5 ringgit, jumlahnya lima ratus ringgit. Jika 500 orang dalam masa sehari, bermakna RM 2500.00. Sekiranya dalam masa sehari seribu orang pesakit mendapatkan rawatan, berapakah jumlah pungutan pihak rumah sakit sehari. RM 5000.00 tunai. Gila!

Dan aku, entah sudah masuk yang ke berapa kali pergi balik hospital.

Aku harus mangkir ke kuliah, keluar awal pagi, bersesakan dengan orang ramai menanti giliran, menunggu nombor disebut oleh mesin gila, berjam-jam; dua, tiga, hatta terkadang sampai ke waktu Zuhur. Apabila bertemu doktor, perkara yang sama itulah ditanyakan, itu jugalah yang dikatakan bulan lepas, berulang-ulang. Sepertinya skrip itu sudah dihafal oleh setiap para  doktor apabila berhadapan dengan pesakit.

“Check sikit jatung...emm, ok.”

Setelah 10-15 minit, selesai.

“Ambil ubat ye...”

Cukup!

Hanya itu kawan. Sungguh ku katakan.

Padahal sudah hampir lebih dua tahun aku pergi-balik rumah sakit. Membayar lima ringgit setiap kali. Bukan soal uang yang ku perkirakan di sini. Kerna bayaran memang perlu meski sebenarnya ia benar-benar menyeksakan rakyat. Cubalah sekali lagi kau hitungkan berdasarkan angka-angka yang ku sebutkan di atas.

Sekali lagi ku ulangi. Sudah dua tahun aku menanggung hidup sebagai manusia separah sihat. Yang hidup sebahagiannya bergantung kepada ubat-ubat - sepenuhnya ku serahkan kepada Tuhan Yang Maha Pengasih -. Yang pasti doktor tidak pernah ada kata putus yang jelas.

“Datang bulan depan...”

Manusia tidak akan pernah dapat menahan lama-lama perasaanya. Termasuk aku. Mujur sedari kecil ayah selalu mengajar agar bersabar dan berbuat baik pada orang lain.

Maka dengan rendah hati, aku mencabar doktor itu. Doktor wanita. Bukan hanya wanita, bahkan menawan. Tapi itu tidak menggugat keimananku, kerna bagaimanapun hak kita mesti ditegakkan. Maka dengan sifat kelelakian namun lembut aku berani menduga doktor wanita itu dengan soalan teka-teki tentang sakitku, sehingga dia tidak mampu berbicara panjang kerna kehabisan skrip hafalan.

“Nanti pihak hospital akan hubungi encik kemudian.” Cukup!

Bagaimanapun aku akur dengan takdir Tuhan. Sebagai seorang pesakit, kita tidak akan pernah menang melawan para doktor. Kerna kita tidak punya kuasa apapun. Maka begitulah keadaanku sehingga kini. Nyawaku seperti hanya berharga lima ringgit. Tidak tahu samada aku akan hidup lama atau kapan-kapan mati dengan percuma. 


Dhiya’
Hospital SNZ
Kuala Terengganu
4 Jamadil Awwal 1433H

2 ulasan:

Jazakallah. siyes best. neway, entri bru sy adlah Mahallah Cinta ep 2. jemputlah ziarah ye!

Mahalla or Mahallya or Mohalla (Arabic: محلة‎, Persian: محله ‎, Urdu: محله ) is an Arabic language country subdivision or neighbourhood term. Used in the South Asia as Mohalla.