Pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,merenung kembali perjalanan hidup,ranjau dan onak yang telah dilalui,semua berputar sekali lagi dlm mindaku…Ya Allah… jauhnya aku padaMU,dalam mengejar cinta seorang bernama insan,aku kecewakan dan abaikan engkau,dalam mencari cinta hakiki seorang insan,aku sering terleka dan lalai,dalam mencari cinta hakiki seorang insan,aku sering tersasar meletakkan kasih itu,dalam mencari cinta hakiki seorang insan,aku sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi,dalam mencari cinta hakiki seorang insan,aku sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi,dalam mencari cinta hakiki seorang insan,aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,dalam mencari cinta hakiki seorang insan,aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’dalam mencari cinta hakiki seorang insan,aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,dalam mencari cinta hakiki seorang insan,aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,dalam mencari cinta hakiki seorang insan,aku sering disakiti, dikecewakan dan ditinggalkan…hatiku milik siapa???adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ilahi?adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMUada padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,ada padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…Ya Allah, Ya Rabbi,jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,moga dapat aku berikan sedikit,cahaya itu buat mereka yang kegelapan,semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,hanya untuk mencapai redhaMU,di dunia dan akhirat….
Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin…
“Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)” (Ali-Imran: 144)
“Ada beberapa orang lelaki munafik mendakwa bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak mati, akan tetapi baginda pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa bin Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya selama empat puluh hari. Kemudian dia kembali kepada kaumnya setelah orang mengatakan dia telah mati. Demi Allah, Rasulullah SAW akan kembali dan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan baginda telah mati.”
“Barangsiapa di kalangan kamu yang menyembah Muhammad SAW maka sesungguhnya Muhammad telah mati, tetapi barangsiapa di kalangan kamu yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati.”
“Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)” (Ali-Imran: 144)
Beberapa hari lepas (5 Ogos 2009) saya baru selesai mengikuti satu sesi diskusi ilmiah. Forum bicara wanita bertajuk “Untukmu. Wanita Seindah Mawar Berduri”. Tahniah dan syabas diucapkan kepada helwanis Aqsa bersama PMKI kerana berjaya menganjurkan diskusi ilmiah seperti ini. Semoga usaha murni ini mendapat manfaat dan faedah buat semua yang hadir mengikuti forum ini sejak mula hingga akhir. Juga diharapkan ianya mendapat ganjaran besar di sisi Allah, dalam usaha untuk memartabatkan Islam dibumi kusza ini.
Saya selaku moderator menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang mengendalikan forum tersebut. Semoga titik peluh usaha kita mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.
Ali radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa, “Aku tidak pernah melihat seorang yang wajahnya terlebih tampan dan kacak, sama ada sebelum atau selepas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.” Allaahumma shalli ‘alan nabiyil Haasyimiyyi Muhammad wa ’ala alihi wa sallim tasliiman.