Petang itu seluruh kedaerahan ini mendung. Bumi dibasahi air hujan. Di atas, langit kelam dipenuhi awan-awan. Hujan masih turun rintik-rintik. Kereta terus meluncur membelah laluan menghala ke Kuala Terengganu. Arahnya hendak ke Lapangan Terbang Sultan Mizan Zainal Abidin. Di dalam kereta, saya, Ustaz Yusof dan Ustaz Abdillah Hisham bersama Syeikh Ali Al-Banjari dan pemandu universiti.
“Ya. Perbanyakkan membacanya tiap-tiap ketika.” Pesan Syeikh Ali Al-Banjari. Saya yang sedari tadi menekuni setiap nasihatnya sambil mengangguk-angguk kepala. Tangan masih memegang buku ‘Bekal Akhirat’.
“Syeikh, bisa tasmi’..” pinta saya pada beliau.
“Ya.” Balasnya. Saya lalu memperdengarkan bacaan ‘Sholawat Al-Azhamiah’ terkadang beliau membetulkan bacaan saya jika ada yang tersalah.
Sedang Merindu
Saya sedang merindui seseorang. Seseorang yang tidak pernah saya kenali dan temui. Merindui seseorang yang tidak dikenali dan tidak pernah ditemui pasti terasa pelik. Tapi ternyata itulah yang saya alami saat ini. Dan saya sedang berusaha mengenalinya. Tapi bertemu dengannya? Itu belum saya tahu. Cuma saya berharap agar bisa bertemunya. Semoga!
Dicatatkan di dalam Syamail Tirmizi mengenai bab melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di dalam mimpi, Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahawa, “Dia yang melihatku di dalam mimpi, sebenarnyalah melihatku kerana syaitan tidak dapat menyerupai mukanya dengan wajahku.”
Anas radhiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpiku hanyalah melihat akan daku kerana syaitan tidak dapat menyerupai wajahku. “Baginda juga bersabda bahwa mimpi seorang yang beriman (yang dipimpini oleh malaikat) adalah satu daripada empat puluh (1/46) bahagian daripada kenabian.”
Mahu Bertemu
“InshaAllah, dengan izin Allah subhanahu wa ta’ala pasti akan bertemu...”
Kata-kata Syeikh Ali Al-Banjari itu masih tergiang-giang ditelinga saya. Sewaktu memasuki waktu tidur, saya sempatkan untuk membaca Sholawat Al-Azhamiah. Pesan Syeikh Ali Al-Banjari agar membacanya sebelum tidur, juga bisa dibaca pada waktu-waktu lain, sebanyak yang mungkin pesannya.
‘اَللّهُمَّ اِنِّيْ أسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلأ أَرْكانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَاْمَتْ بِهِ عَوَاْلِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاْتِ اللهِ الْعَظِيْمِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ صَلاةً دَاْئِمَةً بِدَوَاْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحًا لِذَاْتِىْ مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوْهِ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ الأخِرَةِ يَا عَظِيْمُ
Ertinya:- Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Wajah Allah yang Maha Besar, yang memenuhi segala penjuru ‘Arasy Allah Yang Besar, dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Agung. Moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W yang mempunyai martabat yang agung dan ke atas keluarga Nabi Allah Yang Besar, dengan kadar kebesaran Zat Allah Yang Maha Besar, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah Yag Maha Besar, dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah Yang Maha Besar, Penghormatan bagi Engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang besar (indah). Salam kesejahteraan daripadaMu ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga. Himpunkanlah di antara aku dan dia (Nabi Muhammad S.A.W ) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur. Jadikanlah dia (Nabi Muhammad S.A.W ) wahai Tuhanku, roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah yang Maha Besar.
Amen! Perkenankan Ya Allah...
Al-Faqir Ilallah!
Dhiya’ Al-Qadiri
Jami’ah Al-Sulthan Zain Al-Abidin
8 RabiulAwal 1432H
2 ulasan:
tuan,
sy tpggl utk mbaca blog ini...
sy amat tertarik dgn selawat azamiah yg tuan coretkan di laman blog ini krn kami sekeluarga mengamalkn sejak dulu lg..dan bersyukur di ats kehendakNYA...
jrg2 dikalangan kita yg tahu ayat tersebut..moga tuan sekeluarga dirahmati dan dberkati oleh Allah hendaknya..s
syukran ats ziarahnya...ya, selawat itu diijazahkan oleh Syeikh Fahmi Zam-Zam..alhamdulillah sy sendiri sudah tasmi' dengan dihadapan dia..dn diberi izin utk diamalkan..sy merindui kekasih mulia itu..smg juga kalian
Catat Ulasan