Usai solat asar, sejenak aku duduk dihalaman masjid KIPSAS sambil menghirup udara petang yang cukup membelai jiwa, diiringi kicau tasbih beburung memuji keagungan ilahi, hanya mereka yang dapat memahaminya. Petang itu suasana tenang tenteram, cuaca redup tiada sinar. Beberapa siswi berulang-alik keluar masuk kolej. Di tengah padang yang terbentang luas masih tidak kelihatan siswa-siswa bermain bola sepak. Aku duduk termenung sejenak, fikiranku pusing, ku ubati dengan irama zikrullah. Mataku liar memandang sekeliling. Perlahan-lahan hatiku berbisik “subahanallah, alhamdulillah, wala ilahaillallah allahu akbar”. Bola mata ku merenung tajam alam ciptaan-Nya yang cukup indah lalu tembus ke dalam fikiran dan hati. Maha Agung Engkau Ya Allah. Tiba-tiba aku terkenang dengan peristiwa yang berlaku pagi tadi. Pertemuan dengan penasihat kelab Kaunselor.
“Saya minta kamu bubarkan jawatankuasa yang baru ini” ujar penasihat Kelab Kaunselor dengan nada lembut tapi terasa tajam menusuk hati. Aku diam membungkam, tiada kata bisa terungkap dan aku hanya mampu tersenyum pahit.
Perasaan kecewa datang menerpa, mencubit hati lalu membekas luka. Fikiranku bercelaru dengan resolusi dan keputusannya pagi tadi. Agak bertentangan dengan sebelumnya.
“Awak carikan ahli-ahli kelab yang boleh bekerja bagi penuhkan ruang kekosongan jawatan dalam kelab. Memandangkan baki beberapa bulan lagi sebelum muktamar kelab dan perlantikan yang baru semester depan” arahan terakhir penasihat kelab akhir pertemuan kami di pejabatnya.
“Baik puan nanti saya akan usahakan” jawapku ringkas.
Dalam kesibukan memimpin persatuan lain dan mentelaah pelajaran aku usahakan juga dengan mencuri waktu rehatku agar bisa melaksanakan arahan tersebut dengan sebaiknya.
Alhamdulillah jawatankuasa baru terbentuk dengan jayanya. Mensyuarat pertama berjalan dengan baik atas dokongan dan komitmen ajk yang baru dilantik. Walhal ajk yang lama masih sepertinya dari dulu sampai sekarang masih tidak berubah. Tidak datang mesyuarat. Ini yang aku boleh simpulkan. Aku beranggapan positif pada mereka, mungkin kerana sibuk dengan tugas-tugas lain yang dirasakan lebih penting.
Aku berusaha merancang semula kelab.
“Hari ini saya hendak menerangkan peranan tanzim kita khususnya kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik dan membincagkan pendekatan program yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan matlamat dan misi tanzim”. terangku di hadapan teman-teman kala memulakan mesyuarat malam itu. Alhamdulillah hasil dari perbincangan yang berlangsung dua jam beberapa resolusi telah diputuskan untuk dilaksanakan. Nampaknya teman-teman begitu bersemangat untuk menjaya perancangan agenda ini.
Semua telah selesai. Aku menghadap penasihat untuk memohon restu jawatankuasa kelab yang baru dilantik. Sungguh aku tidak pernah membayangkan peristiwa lain pula yang berlaku.
“Saya tidak pernah arahkan awak buat semua ini. Saya mahu awak bubarkan semula jawatankuasa ini dan beritahu orang-orang yang kamu lantik. Batalkan semua. ” ujar puan bersahaja.
“Aku bermimpikah saat ini? Tidak. Ini betul-betul bukan cobaan” bisikku dalam hati. Perasaanku terasa berombak-ombak. Sedih bercampur marah. Kecewa ada juga. Muslihat apakah ini? Aku menyoal diriku sendiri. Aku seperti orang bodoh. Aku diam bagai tersihir. Aku tidak bisa mengungkapkan apa-apa. Angguk-angguk tapi tidak geleng-geleng.
Puan seperti orang kerasukan. Dia tidak seperti yang ku kenal. Bicaranya tidak seperti kebiasaanya apabila bertemu dan bercakap denganku. Bahasa matanya juga berbeza juga bahasa tuturnya. Apa yang berlaku sebenarnya. Aku tidak bersoal banyak. Aku terima seadanya keputusan itu. waktu itu aku merasa seperti seorang pesalah yang berada di dalam kandang. Hakimnya adalah puan dan memutuskan aku bersalah dan perlu dihukum. Dan hukumannya adalah membubarkan semula jawatankuasa baru ini.
Memandagkan aku diputuskan sebagai pesalah. Maka aku adalah pesalah dan pesalah mesti tahu apa yang perlu dilakukanya. Biasa kita melihat pemimpin-pemimpin besar, apabila mereka dihadapkan dengan sesuatu tuduhan dan didapati bersalah maka mereka bersikap professional. ‘Letak jawatan’. Dan aku, meski aku tidak pernah mengaku bersalah dan yakin aku tidak bersalah. Aku mengambil langkah ini ‘meletak jawatan’. Dimata mereka aku adalah pesalah. Dimata puan aku adalah pesalah. Maka pesalah mesti buat cara pesalah. Aku tidak mahu memanjangkannya walaupun ia tidak adil bagiku. Keadilan itu bisa tertegak dari segi lain tidak di dunia, di akhirat kelak.
Kelihatan siswa-siswa sudah mula memenuhi padang. Nampaknya petang ini aku terpaksa ponteng.
“Harus bagaimana aku menghadapi semua ini. Apakah semua yang telah aku lakukan dampak sia-sia? Setelah aku korbankan waktu dan tenaga, inikah anugerah atas usahaku. Ternyata ianya sia-sia.” aku berbicara pada hati.
Saat ini aku perlukan sandaran untuk ku luahkan benak yang meracun jiwaku, perasaanku, dan fikiranku. Ku renung kembali pada diri, bertanyakan iman. Aku ada Allah untuk ku luahkan segalanya. Perlahan-lahan hatiku meratap pada-Nya…”ya Allah, ya Allah, ya Allah”..aku jadi teringat pesanan Allah “apakah pada dirimu kamu tidak berfikir”.. kemudian aku bermonolog’
Pada Hati Allah campak perasaan,
Demikian kurniaan Tuhan.
Alangkah indahnya ciptaan Tuhan,
Maha Hebatnya Tuhan,
mencipta perasaan.
Andai tiada rasa
Kakulah hidup ini
Hilanglah seri
Sunyi dan sepilah segalanya
Rasa suka,
rasa gembira,
rasa duka,
rasa sedih,
rasa gemuruh
apa jua perasaan lainya
itulah adalah anugerah bernilai dari Allah.
Tanpa rasa matilah jiwa.
Saat itu juga aku sedar, hebatnya Allah kerana mengurniakan rasa pada manusia. Semua adalah nikmat yang tak ternilai harganya.
“Allah aku terima semua ini sebagai nikmat dan ujian darimu. ampunkan dosaku andai aku mengkufuri nikmatmu. Lemahnya aku ya Allah dalam menilai kehidupan ini. Maafkan aku Tuhan. Terima kasih kerana membuka hikmah pada apa yang berlaku ke atasku….asykuruka ya rabbi…” hatiku berbicara.
Dalam kita La Tahzan ada dinukilkan kata-kata Al-Mutanabbi:
Semoga segala kejadian
mampu membuat diriku semakin matang
dan memberikan pengalaman berharga untukku.
6.12pm/ masjid KIPSAS/ 3 Mac 2008

1 ulasan:
~DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. DIA tarik suatu yang kita sayang dan menggantikan dgn yang lebih baik~ as i read ur post,i saw me in it ~
Catat Ulasan