'Rokok nak', sambut seorang makcik tatkala kaki melangkah keluar dari muka pintu kereta.
'Tidak', jawabku ringkas sambil menghadiahkan sekuntum senyuman.
Dia senyum membisu. Mungkin sedikit kecewa, tilikku.
Aku berdiri ditepinya, diam membungkam. Mataku tajam melihat keliling. Ternyata ramai lagi yang sepertinya, 'Penjual Rokok'.
'Ibu! ibu!'
Seorang anak kecil berlari, menerpa seorang wanita.
'Ibu saya dah jual rokok tadi. Saya berjalan ke sana', jari telunjuknya diangkat mengarah ke deretan kedai berhampiran.
'Ibu jom kita balik dah petang ni, nanti lewat pula sampai rumah', petah anak kecil itu berkata-kata.
Rasa simpatiku mulai menumbuh. Kasihan pada anak kecil ini. Seusia ini sepatutnya dia menikmati hidup seperti kanak-kanak lain. Lantas bermacamlah persoalan yang berlegar di akal kecilku. Bersekolahkah anak ini? Tidak letihkah dari pagi hingga ke petang bekerja menjual rokok, berjalan ke hulu ke hilir? Tidak takutkah jika ditangkap penguatkuasa? Anak yang sekecil ini sudah diajak, diajar menjual rokok. Ya Tuhan!
'Anak yang sekecilnya sudah terhidang hidup seperti ini' bisikku dalam hati, tidak henti.
Inikan hidup. Telah Allah aturkan segalanya. Inilah wayang anak dunia.
'Makcik boleh saya tanya', aku menghampirinya selangkah.

'Kenapa nak?'
Aku segera mengajukan pertanyaan yang membenak di akalku. Menuntuni setiap patah kata yang terungkap di bibir makcik itu, ada rasa pahit yang mengiringi, ada kesedihan dan kesusahan yang meracuni benaknya. Ya! aku terasa tempiasnya. Ternyata sekuntum senyuman yang mekar indah di raut wajahnya masih belum bisa mengubat simpati yang ku rasai saat ini.
Segala yang ingin ku katakan telah hilang dihembus rasa kasihan. Aku berkira-kira, cuba membayangkan juga merasai.
'Keuntungan hasil jualan yang kecil nilainya. (sekotak rokok keuntungannya RM0.80- pendapatan sebulan RM20-RM30)'
'Rokok yang dijual juga secara 'haram' (UNDANG-UNDANG). Jadi jika tertangkap oleh penguatkuasa hukumannya denda RM300 atau penjara dan semua barang-barang akan dirampas'.
Kembali aku menimbang-nimbang. Ada yang ingin aku katakan. Aku berkira-kira antara A atau B. Aku cuba meletakkan diri ditempat mereka. Bagaimana rasanya?

Mungkinkah mereka terpaksa demi secubit rezeki? tapi tidakkah mereka tahu rokok itu telah difatwakan haramnya (23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam). Haram menghisapnya, terjangkit jua menjualnya. Mungkin mereka tidak tahu? ataupun tahu tapi terpaksa.
'Ahh! lantaklah undang-undang. yang penting aku dapat menyara kehidupan', mungkin ini ungkap hati mereka? aku bersangka-sangka.
Aku semakin ligat memikir. Ingin berkata, tidak lagi. Aku berdoa. Semoga Tuhan tunjukkan kita kebenaran.
p/s: Aku BENCI rokok! tapi aku lebih BENCI mereka yang bertanggungjawab menghalalkan penjualan rokok. Aku BENCI mereka. (EMOSI SEORANG TEMAN)

0 ulasan:
Catat Ulasan