AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Merdeka : Alangkah Lucunya Negeri Ini



Tak terasa, sudah sebulan aku di kampung. Tanpa pekerjaan. Sebetulnya saat ini aku sedang memberikan hadiah buat diriku sendiri dengan bersantai-santai di kampung. Relax begitu. Nah, bukankah selama ini aku hanya membiarkan diriku berusaha keras, sejak kecil, tanpa rehat, semata-mata meraih sekeping kertas yang namanya Ijazah. Demi masa depan itu. Maka saban hari, seawal pagi setelah menata ke langit menanti terbitnya mentari pagi, aku melangsungi agenda istirehat sambil menekuni buku-buku dalam simpanan.


Ku nikmati saat berharga itu tanpa omelan si Ibu. Padahal waktu kecil Ibu sering sahaja menjelma sebagai seorang pengulas bola sepak, meleteri aku, menyindir itu ini. Kini, Ibu jadi lebih pengertian. Dan kini aku insaf sungguh, bahwa leteran Ibu itulah yang telah menjadikan aku seperti sekarang. Sementara si Ayah, tetap sahaja tenang, seperti dahulu. Pun begitu, pada riak wajahnya ada dalil yang menunjukkan beliau ingin benar aku segera bekerja. 

Tak perlu ku jelaskan panjang lebar. Kawan tentu mengerti zaman ini, betapa sukarnya mendapatkan pekerjaan. Belum dihitung jumlahnya orang yang mengganggur. Di negeriku sahaja kadar pengangguran mencecah lebih 5 peratus, menjadikan negeri ini juara nombor wahid di Malaysia. Bukan itu sahaja, negeriku sekali lagi diangkat johan tertinggi dari segi tahap kemiskinannya dengan jumlah mencecah 16 peratus, yakni lebih tiga kali ganda purata nasional. Ampun!

Ku katakan ini bukan demi menyedapkan hatiku atau mahu bersandar pada alasan membela diri yang jelas tak punya kerja. Ternafi sama sekali niatku hendak memburuk-burukkan negeri sendiri. Marilah ku lanjutkan lagi kenapa aku katakan begitu. Mahukah kau tahu kawan?

Sudah ku duga, kau tentu ingin tahu kenapa aku berbicara demikian rupa. Ah, kau selalu saja ingin tahu. Baiklah mari aku ceritakan padamu. Tapi, jangan kau tanya dari mana ku perolehi maklumat ini, janji.

Aku sungguh berbangga dengan negeriku. Negeri yang dilimpahi Tuhan dengan begitu banyak kelebihan. Punya minyak petroleum, pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia, keluasan tanah dan perairannya, laluan perhubungan yang strategik, keunikan dan keindahan semulajadi yang menggoda jutaan pelacong asing, kayu balak, khazanah maritim yang menggiurkan. Sejarah berani berbicara bahwa ‘dahulu’, negeri ini tercatat antara kedua terkaya di Malaysia. Sekali lagi ku tegaskan, negeri kedua teraya. Kekayaan sumber semula jadinya, telah menyumbangkan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita kedua tertinggi berbanding negeri lain.

Hari ini. Ke manakah perginya hasil negeri ini? Mengapa 40 peratus daripada rakyat negeri ini miskin? Sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber untuk menjana ekonomi dan menaik taraf hidup kehidupan penduduknya? Rakyat ‘merempat di negeri sendiri’. Adalah sangat melucukan sebuah negeri yang ‘kaya’ tetapi rakyatnya ‘miskin’. Sangat tidak masuk akal. Kekayaan negeri tidak mampu merubah hehidupan rakyat! Mengharap bahagia datang daripada pemerintah, seribu tahun takkan mungkin. Benar kata Tun Mustapha,

"Ini negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya.”

Nanti, setelah menjelang tibanya musim pilihan raya, skrip yang sama akan diulang-ulang oleh pemerintah,

‘...hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan..!’

Alangkah lucunya negeri ini!

SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA
Salam Kemerdekaan Kali Ke-55


Dhiya’
310812

2 ulasan:

salam kenal..saya follow blog ni untuk mencari ilmu...

 

sialakan cik puan izan. saling membagi dan berkongsi ya. saya juga sudah menemukan lamannya. semoga sukses.