AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Merdeka ka?



Muhasabah?

Lama benar aku terdiam, tidak bisa berbuat apa-apa, lantaran diri yang sering dijamah resah. Ntah di mana pangkalnya. Lantas bermuhasabahlah diri, melihat ke dalam diri. Lalu ku buai jiwa yang larut ini bersama sebuah lagu yang amat menyentuh sanubari, ku titipkan liriknya di bawah;

Ke Dalam Diri
Album : Pelita Hidup III
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Kusandarkan lelah
Di sayap malam merebahkan minda
Membius keharuman dunia
Nan bersleirat di relung jiwa

Kucuba lelapkan semua indera
Namun tak berdaya
Sejuta keresahan melanda
Tak membenarkan sepicing lena

Diriku bak cericau
Terpenjara di sangkar dosa
Daun pintunya sentiasa terbuka
Melunak kebebasan

Ya Rabbal Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz taubat nasuha

Ku bimbang seandainya tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok
Kuragui seandainya tidak sempat untukku
Menghirupi bayu walau sehela Cuma

Kuhanyutkan sisa
Dengan tadahan tangan penuh luka
Mengharap keredupan pawana
Langit akhirat terbentang megah

Lagu: Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik: Itolara (Gurindam Entertainmen

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Semoga hadirmu kali ini lebih bisa mendidik hati dan jiwa agar kental dalam perjuangan.

Aku Terima Nikahnya






“Aku beristighfar, mensucikan hati dan jiwa diiringi ungkapan dua kalimat syahadat yang meruntunkan jiwaku. Aku meneteskan air mata, hatiku basah. Aku belum pernah merasakan suasana sedemikian sakralnya. Tanganku dijabat erat, lalu wali menikahkan diriku dengannya. Dan dengan suara terbata-bata namun jelas aku menjawab dengan penuh kemantapan hati.


“Qabiltu nikahaha wa tazwijaha”


Beberapa ketika masjid pun berdengung oleh doa seluruh hadirin.


“Baralallahu laka wa baraka alaika wa jama’a bainakuma fi khair!”


Hatiku terasa sejuk sekali. Air mataku terus meleleh tiada henti. Aku tiada henti mengucapkan hamdalah dalam hati. Setelah itu disambung khutbah nikah. Khutbah yang singkat, padat, namun membuat hatiku bergetar hebat. Diakhiri dengan doa yang membuat diriku lebur dalam keagungan tanda-tanda kekuasaan Tuhan.


Gerimis di hatiku tidak mau berhenti. Air mata terus saja meleleh. Aku kini telah memiliki seorang isteri. Subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaaha illallah, Allahu akbar!


Beberapa hari ini aku sering diganggu dek waktu bahagia yang kau kecapi. Hal kerana aku tidak diberi izin untuk menghadiri majlis yang mulia itu, Maka aku jadi serba salah. Tidak ada alasan yang lebih berat untuk ku ungkapkan melainkan kata “biiznillah”, denga izin Allah. Demi untuk menghadiri majlis nikahmu.


Mungkin dulu kita pernah memeterai janji bersama. Berusaha melakukan sesuatu bersama, bahkan perkara yang sebesar ini. Tapi Allah telah lebih dulu merancang, kau dipilihnya untuk mendahului kami, sahabat-sahabatmu.


Lalu hari-hari mendesak itu aku cuba membayangi peristiwa bersejarah buatmu. Aku cuba merakam meski aku tidak pernah melihat apatah lagi merasainya. Maka tulisan yang ku mulai di atas sekadar cebisan bayanganku bagi memujuk hati yang rajuk.


Mungkinkah yang tertulis di atas ada benarnya? Itukah yang kau rasa? Mungkin itu yang kau alami kala dianugerahi Allah s.w.t nikmat yang cukup agung. Menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama, suruhan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Impian setiap insan yang memang dicipta berpasangan.


Semoga barakah tetap terus tercurahkan untukmu sahabatku. Tiada kata yang mampu terungkapkan selain doa yang terus-menerus terbit dari hati.


“Baralallahu laka wa baraka alaika wa jama’a bainakuma fi khair!”


“Semoga berkah Allah tetap untukmu, dan semoga berkah Allah tetap ke atasmu dan semoga Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”.


SELAMAT PENGANTIN BARU!


Untukmu sahabatku…


Ustaz Kamaruddin Toyo
juga buat isteri tercinta

Forum Bicara Wanita



Beberapa hari lepas (5 Ogos 2009) saya baru selesai mengikuti satu sesi diskusi ilmiah. Forum bicara wanita bertajuk “Untukmu. Wanita Seindah Mawar Berduri”. Tahniah dan syabas diucapkan kepada helwanis Aqsa bersama PMKI kerana berjaya menganjurkan diskusi ilmiah seperti ini. Semoga usaha murni ini mendapat manfaat dan faedah buat semua yang hadir mengikuti forum ini sejak mula hingga akhir. Juga diharapkan ianya mendapat ganjaran besar di sisi Allah, dalam usaha untuk memartabatkan Islam dibumi kusza ini.

Saya selaku moderator menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang mengendalikan forum tersebut. Semoga titik peluh usaha kita mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Takziah KIPSAS

Terlebih dahulu saya ingin merafa’ sembah, menyusun sekalian jari-jemari yang dipinjamkan Tuhan, memohon ampun dan maaf andai tulisan ini mengganggu sang pembaca budiman.

Hari-hari berlalu sering mengganggu fikiran saya. Lewat pembatalan konvokesyen KIPSAS. Puncanya kerana masalah penularan wabak Influenza A (H1N1) atau ‘swine flu’8.

Maka saya ucapkan takziah atas musibah yang dihadapi KIPSAS sehingga memungkinkan pembatalan konvokesyen yang telah pun dirancangan baik. Sungguh kita merancang sesuatu namun TUHAN yang Maha Bijaksana punya perancangan yang tersendiri. Dan sudah tentulah kuasa dan perancangan-Nya lebih adil dan saksama.

Saya menghitung jari, berkira-kira, membilang sebesar mana kerugian yang mesti ditanggung oleh pihak KIPSAS di atas pembatalan konvokesyen ini. Maka saya ucapkan takziah sekali lagi. Juga saya turut merasa peritnya derita teman-teman sekonvokesyen yang telah bersiap meraikan majlis yang penuh bersejarah ini. Ulung kali dalam hidup pastinya.

Ramai yang sudah membeli tiket bus ke KIPSAS, hangus begitu sahaja. Yang paling memberatkan fikiran saya, teman-teman dari seberang laut (MALAYSIA TIMUR). Saya mendengar keluhan seorang teman, beliau sudah menempah tiket kapal terbang pergi dan balik untuk sekeluarga. Jika dihitung kerugian itu pastinya menghampiri ribuan ringgit. Bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa meninggalkan kuliah di universiti? Itu juga pengorbanan yang besar. Maka sampai ketika ini saya masih bermuhasabah. Menilik lagi akan musibah kecil yang ditimpahi Tuhan.

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”

Surah al-Anbiya:35

Saya memetik kata-kata YH Dato’ Presiden KIPSAS dalam sepucuk surat yang diutus kepada Ibubapa pelajar, “Saya yakin ada kebaikan yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku dan bersama-samalah kita redha akan ketentuan Allah ini. Semoga semua ini akan meningkatkan kesabaran dan keimanan kita di dalam menghadapi cubaan Ilahi dan menjadikan kita insan yang lebih baik.”

Perenggan ini saya baca berulang kali. Bagai tidak puas dengan pujukan dan pedoman ayat itu. Saya tidak mampu menahan sebak, lantas manik-manik putih membasahi celah pipi. Saya cuba menghiburkan hati dengan ayat-ayat cinta dari Allah s.w.t. Maka saya menghukum ini cubaan, ini bala dari Tuhan atas kelakuan mungkar penghuni bumi. Bala itu ditimpa bukan sahaja kepada pelaku mungkar, juga kepada mereka yang mengubudiyyahkan diri kepada Allah dengan mutlak. Semua makhluk turut tertimpa. Bacalah al-Quran pasti anda tersentak dengan amaran Allah swt;

“Dan bukan sedikit negeri-negeri Yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu Dengan hitungan Yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka Dengan azab Yang tidak pernah dikenal dahsyatnya. Lalu mereka merasai kesan Yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian Yang besar”. (65:8-9)

Maka saya memujuk diri, menenangkan jiwa yang sedang larat dengan kerisauan, mungkinkah suatu ketika bala itu tertimpa pada diri? Nauzubillah Min Zalik.

Mungkin ini ketikanya kita membaca dengan mata hati atas amaran Allah s.w.t. Yakinlah Allah sedang berbicara kepada manusia setelah kalam-Nya (al-Quran) ditulikan, perintahNya dicacatkan, laranganNya dibutakan. Bicara ini amat dasyat. Bacalah dengan mata hati, ini hukuman Allah pada umat dunia.

Ucapan takziah buat seluruh warga KIPSAS dan teman-teman graduan. Semoga ada iktibar yang bisa kita pelajari dari kejadian ini.

“….Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (2:216)