AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Forum Bicara Wanita



Beberapa hari lepas (5 Ogos 2009) saya baru selesai mengikuti satu sesi diskusi ilmiah. Forum bicara wanita bertajuk “Untukmu. Wanita Seindah Mawar Berduri”. Tahniah dan syabas diucapkan kepada helwanis Aqsa bersama PMKI kerana berjaya menganjurkan diskusi ilmiah seperti ini. Semoga usaha murni ini mendapat manfaat dan faedah buat semua yang hadir mengikuti forum ini sejak mula hingga akhir. Juga diharapkan ianya mendapat ganjaran besar di sisi Allah, dalam usaha untuk memartabatkan Islam dibumi kusza ini.

Saya selaku moderator menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang mengendalikan forum tersebut. Semoga titik peluh usaha kita mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

0 ulasan: