“Waktu seperti pedang.” Kata Imam Mulia Abu Abdillah Muhammad bin Idris al-Syafie.
“Sekiranya kau tidak menebasnya maka dia akan menebas lehermu.” Lanjut beliau lagi.
Ternyata diam-diam murid beliau, Imam al-Muhasibi sempat menukilkan ungkapan itu lewat karya kecilnya, Risalah al-Mustarsyidin. Nah, sekarang giliran aku pula terang-terangan menulis pesan itu di sini, di lamanku, demi untukmu kawan. Padahal yang fair, nasihat semacam itu harus ditujukan kepadaku, “waktu seperti pedang, jika kau tidak gunakan untuk menebas, nanti kau yang ditebasnya.” Ampun Tuhan!
Jujur tiada siapa yang mahu ditebas, termasuk aku. Tapi aku seperti menghulurkan leher untuk dipancung hidup-hidup di hadapan Tuhan. Buang waktu!
Kau tahu kawan, aku pernah berani membuat janjitemu dengan waktu, yaitu jadual harian. Pukul ini buat apa, pukul sekian ke mana, jumpa siapa, kapan pulang. Pagi ada program apa, jumpa pensyarah mana, tengahari solat di masjid, makan di mana, petang lakuin apa, malam ada mesyuarat apa, ada jemputan ke mana, balik sampai lewat malam, siapakan tugasan dan begitulah seterusnya. Namun dukacita ku khabarkan, tabiat itu hanya bertahan tidak lama, itupun tidak sepenuh hati ku lalui.
Barangkali faktor perubahan biologi yang dengan sendirinya menghakis tabiat mulia itu. Faktor biologi yang ku maksudkan di sini ialah kesihatan, teman yang dahulu pernah ikut tersenyum bersamaku, tapi kini terang-terangan memusuhi aku. SAKIT!
Maka pada hari ini aku beranikan diri membuat janjitemu, menyusun waktu agar tidak berlalu pergi begitu.
Begini jadinya.
Malam itu, usai bekerja aku terus pulang ke kampus. Jarak perjalanan antara bandar Kuala Terengganu dan kampusku di Gong Badak tidak terlalu jauh dan tidak juga terlalu dekat. Jika kawan menggunakan kereta hanya memerlukan waktu kurang lebih 15 menit. Jika mahu cepat, harus menaiki pesawat udara. Tapi maaf, kenderaan sebesar dan seberat itu tidak termasuk dalam senarai pengangkutan awam di bandar Penyu ini. Jika ingin menikmati ciptaan Ilahi, kawan boleh memilih menaiki bot sewa, tapi harus terlebih dahulu ke pengkalan yang letakknya di Seberang Takir. Dari sana kau akan dihantar sampai ke bandar. Kenderaan cap ayam seperti aku iaitu motor Honda tua, ku anggarkan 25 menit. Tapi terlebih dahulu ingin aku pesankan agar kuatkan kesabaran dan ketaqwaanmu di sepanjang perjalanan, kerna kau bakal menempuh lampu isyarat yang banyak. Itulah kelebihan negeri Terengganu Darul Iman.
Dan aku percaya, malam itu para malaikat menjadi saksi atas kesabaranku menempuh sebanyak 13 lampu isyarat, sehingga akhirnya setelah melalui perjalanan selama hampir 25 menit, aku tiba di bilik dalam keadaan separuh nyawa. Letih!
Ku bersihkan diri kemudian menyambung menulis tesis. Menjelang larut, aku kelaparan. Aku belum makan. Aku beranikan diri menjamu makanan asasi masyarakat Melayu kita, Mee Segera. Aku sudah lupa pesan yang pernah dititipkan kepadaku agar jangan cuba-cuba menimatinya, bahaya kepada jantung katanya. Ah terpaksa, kerna lapar. Inilah risikonya hidup sebagai bujangan. Nasihatku kawan, kahwinlah segera. Setidaknya ada orang yang sudi menjaga baik makan minummu.
Aku menerusikan lagi kerja menulis sehingga selesai. Tidak terasa rupa-rupanya dalam senyap jarum jam melangkah seperti memijak semut tak mati. Oh sudah pukul 1 pagi. Aku menghela nafas pendek. Seluruh tubuhku benar-benar dirasuk kecapekan. Kembali ku perhatikan jadul kerja dan janjitemu. Esok, aku harus keluar waktu pagi bertemu penyelia, mengemukakan bahagian-bahagian tesis yang telah siap. Kemudian aku akan ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan. Setelah itu bertemu al-Mukarram Sheikh Dr. Abdul Manam Mohammad. Selepas zuhur aku tidak ke mana, kerna aku mahu menumpukan waktu untuk menulis. Petang nanti mesyuarat persatuan dan menjelang maghrib aku harus pergi bertalaqqi kitab kemudian menyambung semula kerja-kerja menyalin manuskrip lewat malam nanti.
Ku simpan bahan tesis yang sudah siap ditaip ke dalam pendrive untuk dicetak esok pagi. Kembali ku perhatikan rancangan perjalanan harian esok hari. Dengan sengaja aku memandang kertas putih bertulis arab di dinding putih, begini jika diromankan, AL-WAAJIBAT AKTSARU MINAL AUQAT. Ertinya, kewajiban yang harus kita kerjakan lebih banyak dari waktu yang kita punya.
Aku optimis dengan janjitemu yang ku atur sendiri.
Bersambung pada siri ke II.
Dhiya’
Gong Badak
26 Rabi’ul Akhir 1433H
2 ulasan:
Aahu yusahhil umuurak.. wallahu yashfeeka shifaan kaamilan.. :) insyaAllah kheir..~
ameen yaRabb..thanks sis =)
smg dpt mymbung pgjian dtmpt y lbh baik
Catat Ulasan