AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Surat Cinta Dari Doktor



MAGHRIB TADI, meski hujan turun terus-terusan dari arah langit, tiada seorang makhluk Tuhan yang mahu bertanya; mengapa hujan tidak keluar dari perut bumi? Maksudnya, keluar dari Tanah. Barangkali itu termasuk pertanyaan yang dikategorikan sebagai soalan remeh. Terpulang.

Maka malam ini aku berkeyakinan manusia penghuni bumi masih melakukan aktiviti harian yang sama. Sementara jika kawan bertandang ke kampusku, begini suasananya; Kafe makanan dikunjungi lelaki perempuan, makan, nonton, sembang...mengumpat?. Students Halls (yang baru siap dibina itu) tentu dipenuhi orang-orang yang kuat studi, ada yang berlima, berempat, bertiga dan paling sadis yang berdua-duaan lelaki perempuan tanpa ikatan sah. Kemudian akan kedengaran bunyi motor yang dibuat-buat untuk menarik perhatian. Di bilik asrama, ada yang sedang menonton filem, mendengar lagu, menyanyi, menulis thesis atau assignment, berusrah, atau ada yang sedang tidur dan...ah, terlalu banyak untuk aku jelaskan di sini. Tapi aku pasti, jika kawan ke sini pasti kau akan tersenyum geli.

Sedang aku, barangkali tidak tergolong dalam kesemua perilaku di atas. Kerna malam ini aku bertugas menggantikan detaktif conan, mencari-cari buku ‘janji temu’ hospital. Hu...

Ku kira malam ini sudah masuk hari kelima aku memburu buku kecil itu. Seandainya detaktif conan wujud, tidak perlulah aku bersusah-susah begini memikul tugas sebagai detaktif. Padahal waktu kecil aku termasuk anak yang paling tidak mahir mencari barang-barang kepunyaan ibu di rumah. Di suruh mencari gunting kain yang dijumpai gunting misai ayah. Mana tidaknya ibu naik geram. Sehingga aku harus menyerah diri pada ketentuan takdir. Dan ku kira malam ini peristiwa lalu berulang lagi, lain yang dicari lain yang ditemui.

Kau tahu apa ceritanya kawan, malam ini aku bertemu dengan kepingan-kepingan kertas kekusutan. tulisannya sedikit pudar. Ku yakin kertas itu bukan buku janjitemu hospital kerna yang tertulis begini, ECHOCARDIOGRAPHY REPORT.

Mengertikah kau kawan maksud aksara berhuruf besar itu. ah, aku sendiri tidak mengerti. Maafkan aku. Tapi yang pasti aku yakin itu adalah ‘surat cinta’ dari rumah sakit.

Ku tatap lalu ku baca dalam hati setiap yang tertulis.

220210

Maaf sekali lagi kawan, aku hanya dapat membaca nombor-nombor itu. Hanya itu yang aku fahami daripada tulisan surat ini. Kau tentu tahu bukan, betapa sukarnya membaca dan memahami tulisan para doktor, lebih sulit dari membaca dan memahami tulisan anak-anak di sekolah tadika.

Tapi sekurang-kurangnya aku mampu tersenyum rindu membaca surat cinta dari doktor itu. Lalu dengan sendirinya perasaanku berubah sayu. Air mataku jatuh.

Ternyata abjad itu benar-benar menyihir. Kawan, meski ianya tampak sebagai nombor-nombor kaku, kau boleh menta’bir apa sahaja samada ianya adalah rumuz matematika atau mungkin kau sangkakan flat kenderaan, juga barangkali kau kira sebagai nombor Toto (nombor ekor) pemberian doktor. Itu menurut perkiraanmu.

Sebetulnya ia bukan hanya nombor-nombor kaku seumpama rumuz matematika atau nombor flat kenderaan atau juga nombor toto, tapi abjad itu adalah ringkasan untuk sebuah tarikh. Tarikh keramat yang tidak akan pernah aku lupakan selama hidup. Kerna bermula saat itulah hidupku telah berubah.

22 Februari 2010

Itulah tarikh mula-mula aku dibawa ke hospital. Itulah waktu pertama aku menghidap sakit. Itulah permulaan sebuah jalan baru dalam umur hidupku. Dan sejak itulah aku harus bertarung untuk hidup hingga ke hari ini. Berjuang demi menghabiskan pengajian. Bertarung untuk hidup menjadi sebagai seorang manusia sihat sepertimu kawan. Meski terlalu banyak cabaran yang harus aku tempuhi, hidup sebagai manusia separa normal. Terkadang aku cemburu kepada manusia-manusia sihat di sekelilingku, mereka bisa bebas berbuat apa. Mereka mampu bergerak pantas dan melakukan banyak perkara. Ketika orang-orang sibuk menyiapkan kerja-kerja, aku sibuk melayan kesihatan. Ketika teman-teman berjuang meningkatkan prestasi, aku harus berjuang melawan rasa sakit. Ya, aku harus berjuang demi melangsungkan sebuah kehidupan, hidup untuk menjadi manusia SIHAT.

Hargai waktu sihatmu kawan!


Dhiya’
Kampus Gong Badak
20 Rabi’ul Akhir 1433H 

5 ulasan:

Alhamdulillah masih di beri nikmat oleh Allah dengan tubuh badan yang sihat dan kesihatan yang baik. namun begitu kesihatan yang kurang baik bukanlah satu penghalang kepada Dhiya utk mlakukan pkerjaan. ada hikmah Allah jadikan segala kejadian. kadang-kadang kesihatan yang baik boleh menyebabkan seseorang itu malas berusaha,dan tidak berjuang untuk melakukan sesuatu. kelebihan orang yang kurang sihat,dia akan sentiasa berusaha menuju ke arah kebaikan kerana sakitnya itu menyebabkan ia merasakan bila-bila waktu sahaja Allah akan menjemputnya.malah ia akan mendekatkan lagi diri kepada Allah. bersyukur atas apa yang diberi oleh Allah kepada kita.
Dhiya, teruskan usaha untuk berjuang.ada hikmah di sebaliknya.

 

terimakasih atas krn mengingatkan..sungguh kata2nya ada kebenaran..doanya ya

 

Salam....rasanya penyakit tu ada kaitan dgn punca2 yg tersirat. Cubalah bawa bincang dari hati ke hati dgn Dr Abd Manan, kaedah Rukyah Syariyah yg beliau dikenali telah berjaya merawati pesakit dgn pelbagai sakit kronik.


Sebabnya beliau jg pengamal tariqat
yg byk mengamal wirid2 mustajab. Utk info lain, Sila lawati perawat-islam.blogspot.com

Wslm

 

Salam Dyiha, cuba bawa bincang dgn Dr Abd Manan, sbbnya beliaun adalah pengamal tariqat dan perawat islam yg mengguna kaedah rukyah syariyah.

utk info boleh pegi perawat-islam.blogspot.com

Wslm

 

salam.akh.semoga akh tabah dalam mghadapi segala ujian Allah, Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu mengatasi ujianNya, disinilah keimanan hambaNya diukur.