AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Seorang Pemuda Yang Lembut Hatinya


Sewaktu berbuka di Masjid Puteh, Kuala Terengganu. Saya kehilangan jaket. Saya baru sedar ketika selesai menunaikan Solat Terawih. Saya rasa kaget. Di dalamnya ada duit lujnah. Sangka saya ia pasti sudah hilang. Saya teringat jaket itu saya letakkan di kerusi sewaktu berbuka tadi. Fikiran saya meruncing. Mujur ada yang menemuinya. 

“Ini jaket adik kan.” Sapa seorang lelaki. Pakaian jubah putehnya yang compang, rambut yang panjang santak ke dada dan memakai kopiah puteh. Saya lihat ada serban terlilit pada lehernya bersama sehelai jaket.
Namun saya tidak menendahkan sapaan pemuda itu. Saya kira dia kurang siuman. Ya, melihat sahaja keadaanya. Saya lalu bergegas ke tempat duduk sewaktu berbuka tadi. Saya lihat jaket itu sudah tiada. Saya masih ingat, saya letakkannya di situ. Lalu saya teringat pemuda yang menyapa saya sebentar tadi.

“Mungkin itu milik saya.” soal saya. Saya segera mendapatkan lelaki itu semula.

“Cuba kira duit dalam tu, cukup tak.” Ujarnya sambil menyerahkan jaket kepada saya.

“Cukup, insyaAllah.” Balas saya. Sengaja saya tidak mahu mengira wang dalam saku jaket kerana saya menyakini pemuda ini.

“Kiralah dulu.” Dia cuba mendesak. Saya turuti katanya. Saya keluarkan wang dalam sampul putih. Jumlahnya semua cukup. Kami lalu berbual-bual bertanya nama dan asal. Saya gembira dipertemukan Allah dengan pemuda ini. Seorang lelaki berjubah puteh compang, kainya kelihatan lusuh, rambutnya panjang santak ke dada berkopiah puteh. Tapi miliki hati yang lembut.

Doa saya, “Semoga Allah memberkatinya.”

Benar kata seorang teman, “Rahmat dan perlindungan Allah sentiasa bersama orang-orang yang ikhlas terhadapNya. Moga sentiasa berolehnya.”


Dhiya’
UniSZA, Kuala Terengganu

0 ulasan: