Dinihari itu hening, bersama dengan embun yang sangat dingin, sayup-sayup terdengar suara ombak berlagu riang. Di kaki langit awan bertompok-tompok, suasana masih kelam. Di tepian pantai itu seorang lelaki sedang berdiri menghadap wajahnya pada lautan yang terbentang luas.
Lelaki itu bersuara halus, “Subhanallah…”
Dia merasakan bahwa kekuasaan langit sedang menyentuh jiwa dan batinya. hatinya kini terpana dalam ketenangan abadi anugerah Ilahi. Jiwanya disapa tenang, mata ditamui air jernih, kemudian berderai menjadi kali di pipi. Dia bernafas dalam sendu dan sebak yang berkunjung tanpa pelawaan.
“Aku mohon keampunan-Mu, ya Allah, tiada tuhan kecuali Engkau yang sentiasa hidup dan sentiasa waspada (jaga). Ya Allah aku bertaubat kepada-Mu…”
“Ya Allah! Ya Allah!” serunya. Dia pejamkan mata, istighfar berantai-rantai, jadi seribu, jadi sejuta. Dia menangis. Allah seperti sedang berbicara padanya. Tuhan! Tuhan!
Tenggelam ia bersama kebesaran Allah yang terpampang di hadapan mata. Allah terasa besar. Dalam hati hanya ada Allah! Allah! Allah!
“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada dalam perjanjian dengan-Mu dan ikrar kepada-Mu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmat-Mu ke atasku. Aku juga mengakui dosa-dosa terhadap-Mu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, ya Allah.” Bisiknya.
Mendengarkan deru ombak yang bertempik kuat bersama tiupan angin, dia seakan-akan mendengar suara panggilan sangkarkala. Memandang lautan yang terbentang luas, dia seolah-olah merasa berada di padang mahsyar berhadapan Allah. Demikian juga sejuk yang menjengah mengigit-gigit tubuh, membuatkan dia membayangkan penerimaan buku amalan.
Dia terus-terusan istighfar,merewak pada bibir, hati dan seluruh roh. Air mata turun berderai. Dia menangis sungguh-sungguh.
Dia terus tenggelam dalam zat kebesaran dan keagungan Allah.
Dan di atas butir-butir pasir di duduk tersungkur menyembah Tuhan.
Dan di atas butir-butir pasir di duduk tersungkur menyembah Tuhan.
Dhiya’
Pantai Tok Jembal
Gong Badak, KT
2 ulasan:
salam akhi,
awk seorg penulis yg berbakat...awk hebat..smoga 1hr nt awk bisa berdakwah dgn pena awk ni..tringat sy pd arwah ayah..dia juga seorg penulis yg hebat..dia berbakat..tp penulisan dia hny utk sang isteri yg tercinta..:-)
tatkala rindu tuhan menyapa, hanya air mata terjemahannya, mestikah aku berdosa dulu untuk terus istiqamah di jalanNYA,,adakah silap ku tempuh syarat aku sujud insaf padaMU...aku mohon murabbiMu ya Allah,hadir untuk pandu hati dan jiwa ini yang seringkali kesesatan dalam mencariMu ya ALLAH...
Catat Ulasan