AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Milik Siapakah Hati Ini?


Ada yang membekas di hati saya usai program Ilaj al-Qulub semalam. Hati saya benar-benar basah. Hati saya seperti disimbah air dingin. Sejuk dan menyengarkan. Saya tersedar. Lalu saya bertanya milik siapakah hati ini?

Pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,
merenung kembali perjalanan hidup,
ranjau dan onak yang telah dilalui,
semua berputar sekali lagi dlm mindaku…
Ya Allah… jauhnya aku padaMU,
dalam mengejar cinta seorang bernama insan,
aku kecewakan dan abaikan engkau,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering terleka dan lalai,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering tersasar meletakkan kasih itu,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering disakiti, dikecewakan dan ditinggalkan…
hatiku milik siapa???
adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?
adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?
adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?
adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?
adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ilahi?
adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?
adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?
adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?
inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,
baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,
baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,
baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…
Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…
ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMU
ada padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,
ada padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…
Ya Allah, Ya Rabbi,
jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,
campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,
moga dapat aku berikan sedikit,
cahaya itu buat mereka yang kegelapan,
semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,
hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,
hanya untuk mencapai redhaMU,
di dunia dan akhirat….

Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin…


Dhiya'
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu

6 ulasan:

hati sering diuji
sering jua disinggahi
musafir tersesat jalan ilahi
membawa jiwa yang mati..

maaf untuk berpisah by tashiru,,,mendidik jiwa lagu ni

 

salam.
mohon kebenaran untuk letakkan nukilan saudara di blog saya ye. terima kasih.

 

saya setuju

 

assalamualaikum...
saya setuju dengan ukilan ini.bagi mendapat cinta yang sebenar,perkara utama yang perlu dilakukan meletakkan cinta kita pada Rabb dan Rasulnya yang utama.nescaya kita akan mendapat & mengapai cinta makhluk2 yang lain.sesunggunya yakinlah dengan setipa janjinya.kerana hati ni Allah yang pegang,Allah yang bolak-balikkan.dia yang menciptakan.rasa cinta pada manusia sungguh mulia apabila kita meletakkan cinta manusia itu berpaut kerana Allah...nescaya dari mula hingga akhir keberkatannya dirasai oleh pemilik cinta ini..

nOTa SuFi

 

SETIAP entri yang kamu masukkan selalu "kena" dgn jiwa,,terpijak kt hati,,mendasar di sanubari,,seolah2 kamu menterjemah isi hati ini,saye yang merasainya sendiri xmampu untuk menterjemah sebaiknya melalui tulisan,hanya mampu mengadu dan terus mengadu pada Allah apa yang terbukam rapat,,,,

 

izin copy doa di atas..
moga ada manfaatnya..
jazakallahu khair