Semenjak tersiarnya cerpen “Jodoh Dari Tuhan” (baca: “Bila Sudah Tertulis, Kau Tetap Jodohku”) di lama sesawang iluvislam.com, blog Ad-Dhiya’ terus dikunjungi teman-teman. Bilangan follower yang asalnya berjumlah hampir 35 orang terus meningkat mencecah 135 orang. Belum pun sampai seminggu, angka itu berubah secara mendadak. Jumlah pengunjung sehingga kini mencecah 13500 atau lebih. Di laman facebook iluvislam.com yang menyiarkan cerpen Bila Sudah Tertulis, Kau Tetap Jodohku, sudah hampir 1000 orang yang tag ‘like’ terhadap cerpen itu.
Wah! Ini sangart mengujakan. Thanks buat semua teman-teman.
Ternyata cerpen berusia dua tahun itu benar-benar menggegarkan.
“zaid: Alhamdulillah, ramai yang suka cerpen anda dan teruskan berkarya :)” ulas iluvislam.com dalam page facebooknya.
Sungguh saya tidak pernah terfikirkan akan sebegitu besar sambutan terhadap cerpen itu. Saya terasa sangat kecil. Kerna saya bukanlah seorang cerpenis mahupun novelis. Saya hanyalah seorang budak yang menjadikan tulisan untuk berbicara dengan diri. Ya lihat sahaja tulisannya, hampir 90 % berkisar tentang sang pemilik blog. Maka itulah saya. Saya menulis bukan untuk sesiapa. Saya menulis untuk diri sendiri. Sesekali, mungkin juga dituju kepada siapa-siapa. Barangkali untuk nasihat buat teman-teman. Atau tulisan itu sebagai perkongsian pengalaman. Yang penting semuanya kerna Allah subhanu wa ta’ala.
Kepada teman-teman yang berkunjung, berjalan-jalan atau menziarahi blog yang jelek ini. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Saya sangat bergembira dengan kesudian kalian berkongsi sesuatu bersama saya. Dan saya akan merasa lebih terhargai jika kalian mahu menitip pesan, nasihat, teguran, komentar dan barang sebagainya terhadap saya atau blog ini. Kerna itu ajaran dalam persahabat. Saling pesan memesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Akhirnya, salam persahabatan dari Ad-Dhiya’ buat semua teman-teman. Semoga laman ini terus memancarkan sinarnya menerangi seluruh petala langit dan bumi.
"Ya Allah Ya Tuhanku! Jadikanlah Aku Cahaya, Penawar Dan Rahmat Buat Umat Muhammad."
Ameen Ya Rabb!
al-faaqir ila Rabbi al-Qadir!
Dhiya'
Kolej Islam Pahang
21 Syaaban 1432H
9 ulasan:
Anda mempunyai potensi besar dalam bidang penulisan. Ayuh, jadikan kurniaan bakat anda itu sebagai kekuatan untuk berdakwah kepada orang lain.. :)
as'slm...
teruskan menjadi cahaya, penawar & rahmat buat Umat Muhammad....
hehe...
muhammad iqbal : thanks akhi..mohon doanya ya...demi menyeru manusia kepada Allah
harya cml: wa'alaikum salam.. ameen! smg anda juga..
assalamualaikum....
ya AKHI...teruskan usaha akhi ya..semoga segala perkongsian yang akhi titipkan bakal terus memberi sinar buat saudara2 kita yang lain...
teruskan berkarya~
Assalamualaikum..saya minta izin share penulisan anda di blog..ternyata hasil nukilan anda berjaya mengetuk hati..Teruskan usaha..moga terus berkarya dan berjaya..insyaAllah..
nurul & haziyah...thanks ya.mhn doanya..buat kalian juga
bait2 kata:smg bertmanfaat bt smua
Catat Ulasan