AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Semoga Ada Allah Di Hatimu



Ketika pulang dari menadah kitab bersama al-Mukarram Syeikh Dr Abdul Manam Mohamad Al-Merbawi, saya singgah di kafe kolej kediaman baru universiti. Sebetulnya saya merasa jelak untuk menjamu makanan di kafe tersebut. Tapi demi meraih ajakan seorang teman saya akur.


Melihat gelagat anak-anak muda yang bergelar mahasiswa di sekitar kafe. Bermacam-macam gaya dan tingkah, rupa dan jenis, terkadang saya geleng kepala, ada kalanya saya tersenyum sendiri, sambil istighfar merewak pada bibir.


Jujur, saya tidak merasa diri mulia. Jauh sekali merasa bahawa saya adalah yang terbaik. Kerna kita diajar agama bahawa yang terbaik kalangan kita adalah orang-orang yang punya taqwa.


Kita diajar agar memandang manusia dengan penuh cinta dan kasih-sayang. Siapa pun mereka, tidak mengira bulu atau rupa bentuk, perangai dan tingkah laku. Dan itulah yang sedang saya rasakan saat ini. Melihat adik-adik dan saudara-saudari seIslamku.


“Oh Tuhan.” Hanya itu yang bisa terbit dari lubuk hati.


Nun di hujung sana seorang lelaki dan wanita sedang asyik berbual-bual. Study group barangkali. Di hadapan saya beberapa orang wanita sedang asyik bersembang, di hadapan ada laptop, mereka sedang asyik bermain ‘facebook’. Di meja yang lain, beberapa orang wanita yang berpakaian agak ‘seksi’ sedang galak ketawa. Ntah apa yang dibualkan.


Dari arah kiri saya seorang lelaki berseluar pendek ala-ala ‘hawai’ sedang berjalan ke arah saya, mahunya membeli minuman barangkali. Berhampiran televisyen, beberapa orang sedang asyik menonton. Tidak lama saya merenung seorang lelaki duduk berhampiran saya. Berseluar jeans dengan rambut tercacak. Saya sempat berkenal-kenalan dengannya. Terkadang ada beberapa mahasiswa yang datang menyapa, saya tersenyum meski tidak berapa mengenali mereka. Sekali sekala dua tiga orang wanita ‘seksi’ lalu lalang dihadapan saya yang sedang menjamu.


Jika dilihat hampir semua meja dipenuhi dengan orang-orang. Belum ditambah dengan orang-orang yang sedang berlegar sekitar kafe, macam-macam gaya, rupa dan cara. Di celah-celah blok asrama ada dua tiga pasangan yang sedang asyik ber’canda’. Di foyer asrama orang-orang sedang berprogram, sayup-sayup kedengaran lagu Maher Zein berkumandang. Ah, semua orang tengah tenggelam dengan keadaan masing-masing.


Tiba-tiba saya tersentak dengan sebuah pertanyaan yang mengetuk pintu hati sendiri.


“Allah...”


“Apakah saat ini ada Allah di hati mereka?”


Anda ada jawapan. Saya tidak bisa menjawab. Jawapan ada pada hati kita. Tanyakanlah!


Semoga ada Allah di hati ku!


Dan...


Semoga ada Allah di hati mereka!


Ameen Ya Rabb...


Dhiya’
Kuala Terengganu
5 Syaaban 1432H

2 ulasan:

Samada Puan ada ambil abiáh dengan Ustaz Abdul Manam ? Saya ikhwan Singapura.Boleh email jawaban anta pada ghouse@alfirdaus.mosque.org.sg
-Ghouse
www.ghousekhan.blogspot.com

 

syukran ya ustaz..ya, al-mukarram pensyarah sy difakultas usuluddin, dia jg guru tariqat n sy berbaiah pd beliau..beberapa minggu lalu beliau n rombongan ikhwan ke singapre