Rasanya baru semalam saya meninggalkan kampung halaman, tapi seolah terasa setahun sudah. Kenapa seperti ini ya?
“Bu, Adam bagaimana?”
“Daniel?” soal saya dihujung talian.
Seperti baru kemarin saya ikut bermain-main bersama dua malaikat kecil itu. Daniel dan Adam. Saya tatap gambar mereka. Oh, ternyata saya kerinduan. Rindu pada malaikat kecilku. Adam dan Daniel.
Dua malaikat kecil itu, kini menginjak usia setahun lebih. Cuti Ramadhan dan Eidulfitri terhias indah dengan keberadaan mereka. Sebahagian masa-masa cuti terukir indah dalam kenangan bersama mereka.
Menjaga, menyusukan, menidurkan, menemani mereka bermain-main...
Saya jadi rindu untuk mengusap-usap ubun-ubun mereka. Mencium perlahan lalu berdoa di dalam hati, ‘Semoga menjadi anak soleh ya...ameen!’
ADAM
Sebenarnya saya risaukannya, kerna sewaktu meninggalkannya pergi, dia sakit-sakit. Semalaman dia menangis menahan sakit, nafasnya turun naik laju, jantungnya berdegup kencang, dia sakit! Saya jadi ikut sebak ketika melihatnya. Ibu dan neneknya sampai tidak bisa tidur.
Sewaktu tiba di unversiti saya terus bertelefon, menanyakan keadaannya. Syukur dia sudah baik setelah dirawat di hospital.
Adam,
Anak comel yang sangat aktif. Sepanjang hari tidak henti-henti ber’aksi’. Memaksa saya untuk sama menjaganya, melayan karenah kecilnya. Dia suka pen dan buku. Jadi saya selalu memancingnya dengan itu. Habis buku-buku dicontengnya, termasuk kitab-kitab saya. Adam...Adam...
Adam juga turut sama bersahur dan berbuka puasa. Dia tidak mahu disuap orang. Mahunya biar dia sendiri yang memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Adam...Adam...
Dan Adam hanya akan diam apabila tidur. Adam...Adam...
‘Semoga jadi anak soleh ya...’
DANIEL.
Lebih tua beberapa bulan dari Adam. Rambutnya beralun kuning keemasan. Orang-orang jadi asyik setiap kali melihatnya. Barangkali terpesona dengan rambutnya, persis seperti ayahnya sewaktu kecil.
Daniel,
Sejak dia lahir saya belum pernah melihatnya. Baru semasa pulang beraya saya bertemu dan dapat bersua dengannya yang ternyata sudah tumbuh membesar. Ketika pertama kali mahu mendekatinya sangat sukar sekali. Kata ibunya, dia hanya mahu dekat dengan lelaki, tidak perempuan selain ibu, nenek dan auntynya. Tapi kenapa dengan saya tidak mahu? first time ketemu barangkali.
Kata ibunya lagi, jika orang mahu mendekatinya dan bermain-main dengannya perlu berbahasa Inggeris. Dan ternyata ibu dan ayahnya hanya berbahasa inggeris dengannya. Meski dia belum bisa bercakap, tapi dia faham..
‘this is dirty baby, please throw out...’ mendengar ibunya berkata, dia terus mengerti, lalu berjalan-jalan anak membuang benda yang ada ditangannya ke luar rumah. Melihat gelagatnya, saya tersenyum gembira dan bahagia.
Sewaktu berangkat pergi, Daniel ikut menghantar bersama ayahnya. Dia malah malu-malu mencium tangan saya apabila diminta ayahnya. Good boy!
‘Semoga jadi anak soleh ya...’
Tolong Ameen ‘kan ya
‘aih, si apex. Belum jadi bapa sudah pandai jaga baby...’ gurau kakak ipar semasa hendak menidurkan malaikat kecil itu.
Saya tersenyum. Dalam hati saya berdoa semoga nanti saya bisa menjaga dan mengasuh anak dengan lebih baik. Mencurahkan kehidupan mereka dengan rasa cinta dan kasih sayang.
Ameen ya Rabb!
Malaikat kecilku, terus tumbuh membesar ya. Semoga menjadi anak soleh...!
Dhiya’
Kampus KUSZA
17 Syawwal 1432H
0 ulasan:
Catat Ulasan