Kulihat jam bulat di atas para-para. Jarum detiknya melangkah perlahan melintasi ekor angka lima. Tik...tik...tik... Di angka dua belas, jarum pendek hampir lena dalam dakapan mesra jarum menit. Menyedari kehadiran jarum detik, jarum menit segera melepaskan pelukannya. Tik...
***
Waktu sore seperti ini, kafe makanan selalu dipenuhi perempuan. Ku kira kafe ini layaknya dikhaskan untuk mereka. Di kalangan lelaki bisa ku hitung dengan jari, tiga empat dan aku, lima. Aku jadi canggung. Jika sahaja perut ini tidak mengadu kelaparan, mahu sahaja aku pergi, daripada terseksa menunggu berpuluh minit di sini. Penantian suatu penyiksaan.
Beratus-ratus mata sedang asyik tertumpu pada sebuah tv yang ku kira bakal meletup tidak lama lagi kerna tiada henti beroperasi. Rancangan sinetron dari kota seberang ternyata mencuri perhatian. Di kaunter gerai, makcik berbadan gempal hampir kering tekak berteriak memanggil nama-nama mereka – yang membuat tempahan makanan -. Nun di gerai hujung, wanita bermake up tebal – tudungnya seperti bonggol unta -, turut melakukan hal yang sama sambil menekan-nekan loceng. Kring...kring...kring...
“Minah Jongang...”
“Puteri Lilin...”
“Mawar Berduri...”
“Awek Cute...”
“Bla...bla...”
Saya tersenyum bercampur kasihan. Senyum mendengar nama-nama yang lucu itu dan kasihan dengan makcik serta wanita bertudung bonggol unta itu. Gila!
Seandainya tsunami datang dari arah pantai Tok Jembal, aku yakin tiada seorang yang akan terselamat melainkan tenggelam bersama tv dan cerita sinetron itu. Mana tidak, hampir tiada seorang yang menyahut panggilan-panggilan itu. Semua telah terkena sihiran.
Di tengah keramaian itu, ada seorang wanita lalu tepat di hadapanku. Ku lihat penampilannya sangat sopan dan terjaga, menggoda perhatianku. Pakaiannya tertutup rapi. Jauh berbeda dengan perempuan-perempuan peminat sinetron itu. Aku mencuri pandang. Ku sangka dia tidak menduga liar mataku, lalu sekilas dia melemparkan pandangan, bola mataku dan matanya bertemu menjadi empat. The magic four!
***
Tik...
“Nah, pukul 12.01 pagi...” bermakna sudah 29 September. Aku kini berada di masa yang baru, usia yang baru. Dan rasanya baru kemarin aku menghirup teh dicicah gula bersama tepung susu.
Aku hampir tidak percaya, masa yang dahulu hanya pandai merangkak kini sudah bisa berlari. Malah lebih laju dari Usain Bolt, pelari pecut nombor satu dunia itu. Dasyhat!
Aku rasa dunia ini hampir kiamat. Ada hadisnya. Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat. Setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api. Nah, perhatikan, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita lakukan, tapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Benarkan?
Masa akan terus berlalu begitu cepat, barangkali sepantas gerakan cahaya, celeritas 299,792,458 meter sesaat atau lebih kurang 30 sentimeter per nanosaat.
to be continue...
Dhiya'
Gong Badak
2 Zulkaedah 1432H
1 ulasan:
sanah helwaa ya akh... fi hifzillah.. :)
Catat Ulasan