AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Aku Hanyalah Dhiya’

Malam ini aku sendirian di dunia ini, kekasih;
...dan kesendirianku, sebengis kematian…

Semalam diriku adalah sepatah kata yang tidak bersuara...
Di dalam fikiran malam.

Esok, aku ingin menjelma menjadi sebuah nyanyian menyenangkan di atas lidah hari.

Cinta...
Telah mengisi pelitaku dengan minyaknya dan akan kuletakkan di jendela.
Agar musafir berkelana dimalam gelap menemui jalannya.

Kulakukan semua itu kerana mereka adalah diriku.

Andaikan nasib membelenggu tanganku dan aku tidak bisa lagi menuruti hati nuraniku, maka yang tertinggal dalam hasratku hanyalah: Mati!


Aku hanyalah dhiya’, apabila aku tidak bisa memberi, akupun tidak mahu menerima apa-apa.


Dhiya’
Kampus KUSZA
6 Zulhijjah 1432H

0 ulasan: