Di tengah deretan gerai jualan, aku sedang asyik mencipta murtabak maggie istimewa. Ku sangka cara itu dapat menarik orang perhatian. Meski telah ku gunakan kedua tangan, terbukti jari-jari Man Kidal lebih laju menari bersama tali gitar, handal tidak tertandingkan. Bukitnya, di atas pentas, orang-orang sedang asyik tertumpu perhatiaan padanya. Di tangan Man Kidal, anak-anak kampus kecundang, asyik dan tenggelam dalam alunan musik gitar yang dimainkan. Ternyata petikkan jari kidalnya benar-benar menyihir. Ada beberapa ekor syaitan berkeliaran, menari-nari girang, sambil membisik-bisikkan ayat-ayat nista. Tuhan sudah dilupa. astagha!
Ku pandang ke atas, rupanya langit turut menyaksikan tapi dengan rasa malu, lantas menutup mukanya dengan selembar jilbab kelabu. Awan! ah, tidak tahan rasanya menyaksikan makhluk-makhluk kecil ini memperkosai bumi. Lalu, air mata pun berderai gugur. Hujan pun turun, menjadi saksi antara kita.
Ini tidak sepatutnya.
Sepatutnya ini hari gembira untuk semua. Untuk kita. Untuk tanah ini. Untuk langit, bumi serta seisinya dan untuk seluruh alam ini. Tapi kenyataannya tidak seperti itu. Kegembiraan itu hanya dirasai oleh mereka; pecandu-pecandu hiburan, pemuka-pemukanya, penghiburnya...Dan kami hanya mampu berbisik ke dalam hati.
“Kami tidak gembira.”
Kawan, jangan marah jika ku katakan bahwa ini adalah sebuah kebodohan. Bumi pun tahu tentang kebodohan ini. Langit, awan, hujan dan seluruh alam ini maklum tentang apa yang terjadi. Tuhan, bahkan lebih dahulu mengerti cara fikirmu. Ini, idea-idea bodoh yang telah mencemar kotorkan nilai intelektual dan kesucian universiti sebagai sebuah daerah ilmu.
Oh, maaf aku kawan. Barangkali aku terlalu kasar menggunakan perkataan ‘bodoh’. Begini, biar aku tukar dengan ayat yang lebih santun, salah faham!
Firasatku memberitahu, barangkali kerna salah faham tentang tujuan sebenar pesta konvokesyen ini, perlaksanaannya jadi tidak ketentuan. Lantas dibuatlah pesta hiburan yang menjadi adat turun temurun demi memuaskan nafsu serakah; konsert, nyanyian, karaoke, band dan...hanya itu. Benar, arah fikiranmu mahu agar konvokesyen ini terwujud dan berlangsung dalam suasana meriah. Benarkan?
Tapi apakah mesti kemeriahan itu tercipta dengan pesta-pesta hiburan? Apakah kami, anak-anak kampus, langit, bumi, hujan, awan dan seluruh alam ini terus didodoikan dengan seruling syaitan itu? Apakah nanti pesta-pesta seperti ini akan diwariskan kepada anak cucu di muka hadapan?
Ini tidak sepatutnya.
Tidak kawan. Tidak ada ayat al-Quran yang menyuruh seperti itu. Nabi juga tidak pernah melakukannya. Ini ku kira bid’ah dhalalah yang dibenci baginda. Justeru aku mahu bagitahu kawan, jika kau ke Turki, kau akan temukan hari konvokesyen dipenuhi dengan pesta buku. Atau contoh yang paling dekat dengan kita, Indonesia.
Nah, begini maksudku. Pesta ini harus dihiasi dan dimeriahkan dengan semangat keilmuan seperti katamu, “ilmu demi faedah insan.” Meriahkan dengan pertandingan lumba menulis, pidato, puisi, ceramah, seminar, pameran, diskusi buku, dialong, pesta buku kemudian diisi dengan aktiviti-aktivit santai, sukan, riadah, permainan...asal tidak lari maksud hatimu, menebarkan ilmu, mencerahkan rohani.
Dan engkau akan dapati langit, bumi, awan, hujan, matahari, bulan, bintang dan kami, anak-anak kampus ini, akan tersenyum gembira, menikmati kemeriahan pesta konvokesyen. Semua akan gembira.
Tuhan pun senang melihat kita berpesta bersama murtabak maggie cinta...
Dhiya'
Gong Badak
16 Zulkaedah 1432H
2 ulasan:
apa yg dimaksudkan dgn murtabak maggie cinta?? hehe
tiada maksud apa2..malam itu buat murtabak maggie berbentuk cinta..hny itu
Catat Ulasan