AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Oh Tidak!


SAYA ADA berjanji pada diri akan selalu menulis. Paling tidak setiap minggu saya akan pastikan dapat posting sebuah tulisan. Tapi nampaknya saya belum berjaya melunaskannya. Saya hampa.

Mungkin saya bisa menyalahkan waktu. Atau saya menuduh tugasan-tugasan itu yang bersalah kerna melalaikan saya dari menulis. Adakah kemungkinan saya melakukan hal itu?

Sebentar! Izinkan saya menyanyi terlebih dahulu.

Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.

Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul? Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput, Kenapa engkau panjang sangat? Macamana aku tak panjang, Kerbau tak makan aku.

Katak oh katak, Kenapa panggil hujan? Macamana aku tak panggil, Ular nak makan aku.

Ular oh ular, Mengapa nak makan katak? Macamana aku tak makan. Memang makanan aku.

Waktu kecil-kecil, saya suka menyanyikan lagu ini. Apatah lagi bila hujan turun atau ketika melihat bangau ataupun mendengar katak berbunyi. Mungkin kerna liriknya yang sangat melucukan dan mengelikan hati dengan rentak ‘monotonous’ lagunya jadi menarik serta mudah diingat. Cukup!

Tapi bukan itu yang mahu saya katakan.

Lagu itu punya mesej ala-ala menyindir manusia seperti kita. Yang sering menyalahkan orang lain dan beralasan kerna hendak berlepas diri.

“Kenapa tak hadir semalam?” tanya pensyarah.

“Tidak ada air ustaz...”

“Hujan...”

“Nenek sakit...”

“Ikan demam...”

“bla...bla...bla...”

Mujur pensyarah tidak menjawab, “Bangau!”

Nah, sekarang giliran saya. Apakah saya akan menyalahkan waktu atau kerna sibuk dengan tugasan kerja? Oh semoga TIDAK. Nanti saya tidak ubah seperti Bangau. Makanya saya menulis ini.

Sekian.


Dhiya’
Kuala Terengganu
26 Zulkaedah 1432H

3 ulasan:

latih diri jangan asyik menyalahkan masa :)

pesanan buat diri sendiri jugak~

 

benar haziyah..setuju sangat..thanks ya

 

entry yg cute.. :) terkena batang hidung... lalalala~ :p