AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Terharu...

Hati saya tenang dan damai. Cukup hanya memandang wajah redupnya sangat tersentuh. Membuat hati dibelai-belai nur Ilahi yang terpancar dibalik raut wajah itu. Sosok tubuh yang sentiasa tawadduk kerna takutkan Tuhan. Hatinya dipenuhi dengan cahaya ma’rifat.


Seperti biasa hari Isnin malam Selasa majlis Khataman Tariqah Qadiriah Naqsyabandiah. Usai majlis Khataman saya menemui al-Mukarram. Sungguh beliau tidak pernah lokek dengan senyuman. Kesibukannya melayan tetamu dan para Ikhwan yang lain tidak menghalang beliau untuk terus bertanya perkembangan muridnya yang satu ini.


“Enta tinggal di mana sekarang?” soal beliau lembut.


“Di asrama ustaz...” jawab saya ringkas.


Waktu yang seperti ini terlalu mencemburuinya, dan terkadang tidak mengundang bicara yang panjang. Tetapi itu sudah sangat memadai. Seorang guru yang terhormat sepertinya. Khalifah bagi sebuah tarikat besar, pun masih punya kesempatan untuk bertanya hal keadaan saya yang kecil ini. Bukan sekadar itu, ada ketikanya jika saya tidak hadir ke majlis-majlis beliau pasti akan ditanya dan dicari.


Sungguh saya sangat terharu.


Dan malam ini hati saya sangat tenang tenteram. Terasa belaian kasih sayang Allah menjalar pada segenap ruh, jiwa dan perasaan.


“Ya Allah, berkati dan rahmati guruku yang mulia, al-Mukarram al-‘Arifbillah al-Ustaz Dr Abdul Manam bin Mohammed...”


Ameen ya Rabb !!!


al-faaqir ila Rabbi al-Qadir


Dhiya’
Jaami’ah al-Sulthan Zein al-‘Abidin
19 Rejab 1432H


*Sudah agak lama saya mahu berbicara tentang ini. Tapi tidak diizinkan Allah. Dan ini hanya coretan kecil. Mungkin ini aja untuk saat ini. Dan yang lain, semoga nanti akan menyusul.


*Untuk sang ‘kekasih gelapku’. Terima kasih atas segalanya & membawa saya ke jalan ini. Semoga Allah mempertemukan kita dalam redha-Nya

2 ulasan:

Dr Abdul Manam adalah antara nama besar dalam dunia sufi. Semoga beliau sentiasa diberi keredhaan Illahi. Sejenak bersama beliau membuatkan diri terasa amat kerdil. Ya Allah, hamba Mu ini sentiasa mendambakan Rahmat dan Redho Mu. Tiada daya dan upaya selain hanya berserah kepada Mu jua. Ampunkan lah hamba Mu ini yang tidak kering dari dosa dan alpa kepada Mu..

 

ya benar..orgnya tawaduk n peramah..smg kita mendapat serpihan ma'rifat yg diberikan Allah kepadanya..ameen