AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Cintaku Demi Tujuh Golongan


Saya cemburu!

Tidak tahu mengapa perasaan itu terus-menerus menderu pada segenap jiwa dan perasaan. Mencemburi seseorang yang saya cintai kerna Allah Taala. Semoga rasa cemburu saya itu jua kernaNYA sering rasa cinta saya padanya, cemburu kerna Allah.

Mai!

Sungguh-sungguh pada belahan jiwa, aku terlalu merindui dirimu. Mungkin juga aku sudah mabuk dalam kerinduan pada kenangan lalu. Sangat menyeksakan. Aku ingin sekali mahu melepaskan kerinduan itu jauh-jauh. Aku mahu membebaskan kenangan itu pergi dari terus terpenjara dalam hati. Bebaslah! Pergilah! Sang angin bawa ia pergi.

Mai!

Membaca tulisanmu pada bercerita hal kehidupan di Ardul Kinanah yang diberkati Allah itu, sangat mengembirakan hati, menghiburkan jiwa. Tidak henti-henti aku berdoa semoga Allah tetap terus memberkatimu dan kehidupanmu. Jujur dalam kegembiraan, aku mencemburuimu. Cemburu kerana engkau bisa menadah selautan ilmu di bumi warisan Anbiya’ itu. Aku cemburu kerana Allah telah lebih memilihmu berbanding aku. Bertuahnya dirimu.

Mai!

Aku benar-benar cemburu. Dan semoga cemburuku itu kerana Allah. Sama seperti cintaku padamu. Cinta kerana Allah. Cinta demi tujuh golongan yang bakal dinaungi pada Arasy Allah dihari penghakiman kelak. "Bertemu keranaNYA dan berpisah jua keranaNYA.”

Salam Mujahadah & Selamat Berjuang Kekasihku!



Dhiya’
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu

1 ulasan:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah sahabatku, semoga Allah merahmatimu..

Sungguh engkau telah meletakkan cemburumu di tempat yg terpuji dan sepatutnya...

Aku juga mencintaimu kerna Allah wahai sahabatku,

dan cintaku itu lebih dulu dari perkataan,penulisan,detik hatimu, dan ungkapan dibibirmu... kerna takkan sempurnanya imanku kalau tidak mencintai ummat Nabiku Muhammad s.a.w sepertimana aku mencintai diriku sendiri...

sahabatku, hiduplah dalam kalangan orang-orang yg beriman dan bertakwa... jgn duduk dgn mereka yang derhaka kepada Allah...

sahabatku, syukurilah apa sahaja yg ada dengan ucapan Alhamdulillah ats segala nikmatnya, kelak kau akan mndapati kemanisan daripadanya.

sahabatku,beramallah dengan sunnah nabimu sedaya yg kamu mampu, kerna dengan itu sahajalah engkau bisa meraih cintu Tuhanmu.

sahabatku, hargailah segala mereka yang mahu dan sudah bersahabat denganmu, kerna mereka juga mengharapkan pershabtan kerana Allah sepertimana pengharapanmu dalam bersahabat denganku... hargailah mereka !

sahabatku, aku juga mencintaimu kerna Tuhan yang satu !!!


semoga persahabatn kita dibarakahi Allah, bertemu berpisah kerana Allah, suka benci kerana Allah... agar nanti di yaumul qiamah kita boleh berpimpin tangan menuju ke Jannah.. ameen birahmatika ya Arhamar Rahimin, ameen walhamdulillahi Robbal alamin... !!!

senyum (",)