Subuh ini, tengah-tengah saya bergelumang dengan tugasan menyiapkan kerja-kerja yang teramanah saya dikunjungi panggilan telefon darinya. Perasaan bercampur gembira dan kehairanan. Gembira kerana menerima panggilan darinya. Hairan kerana pagi-pagi lagi dia menelefon saya. Pastinya dia terjaga, bangkit hendak menunaikan solat malam. Saya kira dia ada hajat besar.
Asmar!
Saya benar-benar merindukannya. Membanyangkan paras rupanya yang bersih indah. Senyumannya yang sentiasa mengiringi kehidupan saya dihari-hari lalu. Saya tidak merasa puas hanya dengan mendengar suaranya dicelah telefon. Saya mahu mendakapnya erat. Seerat ukhuwah yang tertanam dalam hati.
Asmar, saya mahu mengulangi ungkapan yang pernah saya lafazkan dulu.
“Jika ada seorang teman yang akan ku angkat sebagai khalilku, maka dikaulah orangnya.”
Saya cintamu kerana Allah SWT. Sunguh kerana-Nya!
Doakan kesejahteraan sahabatmu.
Dhiya’
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
0 ulasan:
Catat Ulasan