Ya AllahKetika ini ku rasai jarak antara kita ian menjauh. Hari-hari yang ku lalui tidak lagi seperti dahulu, kala ku cuba mendambaMU. Sungguh ku merasa kekurangan pada kehidupan ini. Pada hari-hari yang ku lalui, sunyi , suram tanpa cinta dan keindahan hidup bersamaMU.
Ya AllahAlangkah terketuk pintu hatiku saat membayangkan adakah saat ini Engkau melupaiku? Saat ini terlintas dibenak jiwaku kerisauan dan kebimbangan. ‘Adakah engkau hendak meninggalkanku.’ Aduh betapa ku rasa khuatir.
Ya AllahEntah perasaan apa yang ku rasakan saat ini. Aku tercari-cari sinar yang pernah menembusi hatiku. Ku teraba-raba mencari kemanisan yang pernah ku kecapi. Persaan berTUHAN.
Ya AllahKu akui ketika ini aku jarang menangis lagi. air mata ini sudah merasa mahal untuk menitis kerana takutkanMU. Adakah hati ini sudah sirna dengan iman? Kabur? Gelap? Apa yang kurasakan sangat menyesakkan.
Ya AllahIbadahku, zikirku, munajatku, jihadku semakin berkurang. Tologlah aku! Tologlah aku wahai Tuhan. Jangan biarkan aku. Jangan tinggalkan aku. Ampuni aku ya Allah.
Ku tagih redhaMU Tuhan…'HambaMu yang fakir'
Dhiya'
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
0 ulasan:
Catat Ulasan