Waktu mahgrib sudah semakin hampir. Sewaktu saya membuka almari, mencari-cari baju yang hendak dipakaikan, saya terpandang sehelai jubah putih kusut tidak bergosok. Kemudian saya ambil jubah itu, saya keluarkan. Saya perhatikan setipa incinya. Semuanya masih dalam keadaan elok. Lama saya tidak memakainya. Mungkin sudah lebih setahun. Tiba-tiba saya disapa kerinduan pada kenangan lalu. Tiba-tiba saya rindukan seseorang. Yang saya cintai kerana Allah.
“Jubah ini ana hadiahkan untuk enta.”
“Terima kasih Mai.”
Mai. Ah! Saya benar-benar rindukannya. Saya cium jubah itu, baunya tidak pernah hilang sedari dulu. Bau yang sama. Bau saat mula-mula saya menerimanya.
Apa khabarnya? Sihatkah dia? Bagaimana keadaannya sekarang?
“Zaid nanti jika di izinkan Allah, kita kahwin serentak.”
Kahwin? Ah! Ternyata kau lebih dahulu menunaikan sunnah nabi itu. Sedang aku masih hidup membujang.
“Kita sama-sama sambung belajar di Mesir ya.”
Al-Azhar? Ah! Kau sudahpun berada di bumi ‘anbiya itu. Sedang aku masih tetap berada di sini.
Mai! Aku rindukanmu, bicaramu, senyummu, semangatmu, nasihatmu dan segala yang ada padamu. Aku tidak tahu hendak mengungkapnya bagaimana. Aku tidak pandai berbahasa indah juga aku tidak mahir berpuitis. Hanya bisa ku menumpahkan segala yang aku rasai saat ini, pada tulisan ini.
Mai, jubah putih itu benar-benar menghimpun sesak di dada. Ianya membuatkan aku teringat-ingat semua kenangan kita. Bicara kita. Kegembiraan kita. Janji kita. Segala-gala yang kita pernah kongsikan bersama. Bersama?
Mai, kini aku seorang. Kau sudah jauh dariku. Jauh di bumi orang.
Mai, kau tahu. kini aku keseorangan!
Kau tinggalkan aku. Aku sendiri.
Kau tinggalkan jubah putih itu. Yang hanya membuatkan aku menderita kerinduan.
Jubah putih itu membayangi dirimu.
Kini yang tinggal hanya aku dan jubah putih itu.
Dhiya
Kampus Kusza, UDM
2 ulasan:
Assalamualaikum zaid ya habibi,
uhibbuka lillahi taala war Rasulillah s.a.w li mardhatillahi Robbah.
Alhamdulillah, disaat aku membaca tulisanmu ini, aku tersenyum kerinduan, aku bukan rindu senyumanmu, aku juga tidak merindui buai bicara yang zaman lalu, tapi aku rindu mahu melihat amalanmu pada Tuhanmu Dan Nabimu Muhammad s.a.w, aku merindui bahasa-bahasa indah terbit dari bibirmu kerna berkat Nur Muhammad s.a.w padamu, dan Berkat Tuhan Mengasihimu... syukuri ianya selalu, kerna itulah pengikat kunci segala Nur Tuhanmu...
Zaid ya habibi,
kau tidak berseorangan,
kau juga tidak bersendirian,
bahkan kau sentiasa bersama Tuhan Berkat Nur Rahmat Nabiyyina Muhammad s.a.w....
Jika kau rindukan aku, bermakna kau tidak rindu pada Tuhanmu & Nabimu s.a.w, sedangkan alam ni tidak akan wujud dengan sebab Nur Muhammad s.a.w,
dan Nur Muhammad s.a.w tidak akan bersinar terpancar ke seluruh alam, melainkan dengan sebab Nur Ilahi Robbi Nur Tuhanmu...
Oleh itu minta selalu akan Nur Itu, tanpa Nur itu kau takkan temui Nur Nabimu... jika engkau sudah menemui Nur Nabimu, itu bermakna hidupmu sudah diberkati ilahi dan kelak, engkau pasti mendapatkan Nur Tuhanmu di Jannah sana...
Sama-samalah kita mengharungi mehnah dan tohmah pencinta dunia, kerna tanpa mereka maka kita takkan bisa mengenal erti tarbiah kesabaran untuk mensolehkan hati dan rohani...
oleh itu sama-samalah kita memaafkan segala apa yang pencinta dunia lakukan, kerna dengan kemaafan itu akan terpancarlah Nur Rahmat Muhammad s.a.w pada ummat akhir zaman ini...
Engkau sudah ku anggap sebagai Dhiya' Cahaya... kerna engkau telah memperolehi cahaya hidayah...
sedang aku adalah Qomar ( bulan ) cahaya bulan purnama yang bisa menerangi alam kegelapan malam..
tanpa cahaya tersebut maka malam akan sentiasa gelap gelita kesuraman... maka peranan cahaya itu adalah untuk menerangi (ilmu) alam kegelapan malam (menunjukkan kejalan hidayah tuhan bagi mereka yang kegelapan kerna kejahilan).
ayuh sahabatku, kita bantu membantu menghidupkan sunnah Nabiku dan Nabimu Muhammad s.a.w dikala manusia sudah jauh terpaku dengan duniamu... semuanya itu bukan untuk dunia ibadahmu akan tetapi praktikel menuju rahmat Tuhanmu kerna dengan sebab rahmat tuhan itu akan menyebabkan aku dan kamu masuk jannah ikut sukamu... (",)
Nabi Muhammad s.a.w berpesan pada kita :
" Seseorang itu akan bersama-sama dengan kekasihnya di yaumul Qiamah "
moga-moga kita bertemu di dunia kerna Tuhanmu dan Bertemu D akhirat Kerna Rahmat Tuhanmu.. ameen !!!
senyum mahabbah to you (",)
Sahabatku zaid...
teruskan pelajaranmu...
teruskan dakwahmu....
teruskan ukhuwahmu pada sahabatmu...
teruskan mahabbah Islam dan Imanmu...
Teruskan menghidupkan sunnah nabimu...
teruskan mengharapkan Rahmat, Redha dan Kemapunan Tuhanmu...
Teruskan, teruskan dan teruskan...
kelak,
kau pasti temui jawapan hikmah apa yang terbungkam di benak fikiranmu...
sahabatmu : Hamba Tuhanmu... (",)
Catat Ulasan