AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Nota 12 Februari


Sedari Januari saya menanti-nanti kedatangan Februari. Rasa tidak sabar. Dibenak kepala seperti terasa banyak yang hendak ditulis. Kerna bulan itu saya bakal berdamping dengan sejarah.

Dan kini saya sudah berada di atas bahteranya. Saya susuri kelilingnya. Saya menanti 12 Februari.

“Ada apa pada 12 Februari?” soal seorang.

“Bukankah orang hanya menyambut 14 Februrari?” Soalnya pula.

“Ada apa pada 14?” soal saya.

“Valetine’s Day.” Jawabnya bangga.

“Owh yeke. Saya tidak tahu pula.” Balas saya dengan senyuman.

“Saat cinta kita mendalam terhadap sesuatu, maka tumpuan kita akan lebih kepada apa yang kita cintai itu. Kita akan ingat segala yang ada padanya. Kerana dia sudah membayangi kehidupan kita. Fikiran dan perhatian kita sudah tertumpu padanya. Maka kita akan mengingatinya.”

Saya tidak pernah menyambut hari 14 itu, bukan kerana saya tidak punya kekasih. Memang tidak pernah terlintas diakal saya tarikh itu. Jika adapun, disisinya kerna saya mahu menulis sesuatu tentangnnya. Kepada yang masih buta hati, yang masih tetap bertaqlid dengan budaya pegangan barat itu. Maka buat kalian teliti keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari telah memutuskan bahawa:

“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Nota Ringkas 12 Februari

Sebenarnya saya hanya mahu berbicara ringkas pada tajuk Nota Ringkas 12 Februari. Kisahnya,

“12 Februari itu (1949), waktu Zuhur, sedang beliau keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin, beliau telah ditembak curi. Jenazahnya telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.”

Dia telah memenuhi janjinya. Dialah,

"Saya adalah seorang pelancong yang sedang mencari kebenaran, manusia yang mencari petunjuk ditengah kesesatan manusia, rakyat yang mengidamkan kemuliaan negaranya, kebebasan, ketenangan dan kehidupan yang sejahtera di bawah naungan Islam, saya adalah seorang hamba yang mengenal tujuan hidup", lalu beliau membaca firman Allah: "Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah karena Allah Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagi-Nya dan dengan demikian aku diperintahkan dan aku termasuk orang yang pertama Muslim". (Al-An'am : 162-163). Inilah saya, lalu sipakah anda?

As-syahid Imam Hassan Al-Banna

Semoga berkah Allah tetap tercurahkan ke atasmu.

Subuh 12 Februari

Pagi yang hening 12 Februari 2010, telah lahirnya seorang putera. Semoga lahirnya memberi rahmat dan kebaikan buat seluruh alam ini.

“Saya dah jadi pakcik.” Bisik saya sendiri ketika menerima mesej dari abang saya.

“Askm. Kak Mel da bersalin, subuh jam 5 lebih. Baby boy.” Sms dari abang saya.

“Kak, cucu pertama.” Mesej yang saya kirimkan kepada kakak yang berada di Labuan.

“Rasa macam mau balik jak.” Balas kakak saya.

Saya terlalu gembira. Bahkan seluruh keluarga saya. Sampai saya sendiri tidak tahu bagaimana menzahirkannya. Hanya doa yang bisa dititip berkali-kali.

“Semoga engkau menjadi cahaya, pentunjuk dan rahmat buat umat Nabi Muhammad.”

Kaulah cahaya yang menerangi sebuah keluarga.

Kau bakal menggantikan dia.

As-syahid itu.

Semoga!



Dhiya’
Kampus Kusza, UDM


0 ulasan: