AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


PMUS: Tahniah & Takziah


Maaf saya terlambat menitipkan coretan ini.

Alhamdulillah Persatuan Mahasiswa Usuluddin (PMUS) sudah pun selesai menunaikan tanggungjawabnya bagi memilih kepimpinan baru sesi 2010/2011. Kabinet yang baru sudah pun tertubuh secara rasminya mengikut Jabatan Usuluddin, hanyasanya menunggu lampu hijau daripada pihak Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) untuk diiktifar secara rasmi.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada seluruh kepimpinan baru PMUS kerana terpilih dan layak memimpin sebuah persatuan di universiti ini. Ucapan tahniah saya kerana anda orang yang terpilih dari kalangan mahasiswa Usuluddin yang lebih kurang berjumlah 4000 orang lebih. Tahniah juga kerana anda bakal mendapat ganjaran yang baik di dunia ini dan di akhirat kelak, jika sekiranya apa yang dilakukan nanti tujuan kerana Allah SWT.

Ucapan takziah saya kerana nantinya anda bakal terhidang dengan sedikit kesusahan dan beban yang memerlukan semangat tinggi dari anda. Juga dengan kesibukan kerja yang menimbun. Anda juga bakal mendapat celaan dan penghinaan daripada mereka yang hasad. Ucapan takziah saya juga kerana anda bakal dipersoal diakhirat kelak tentang kepimpinan anda semasa di dunia. Maka bersiaplah.

Tahniah dan takziah!

Kepada mantan-mantan PMUS, syabas diucapkan atas usaha anda memerah keringat memimpin persatuan ini. Semoga segala kerja keras anda akan mendapat nilai yang setimpal di akhirat sana.


ORGANISASI PERSATUAN MAHASISWA USULUDDIN (PMUS)
SESI 2010/2011


YANG DI PERTUA
Irsyad Bin Idris

TIMBALAN YANG DI PERTUA
Ustaz Mohamad Azam bin Mohamed Adam

NAIB YANG DI PERTUA
Nursuhaibah Binti Othman

SETIAUSAHA AGUNG I
Mohd Syaiful Hairy Bin Abd Rahim

SETIAUSAHA AGUNG II
Wan Fatimah Asma’a Binti Wan Sidi

BENDAHARI KEHORMAT I
Mohd Hakim Ikram Bin Awang Hassim

BENDAHARI KEHORMAT II
Nur Asyakirin Binti Azahari

LUJNAH DAKWAH DAN TARBIYAH
Abu Zaid Bin Abdul
Faatimah Az-Zahra’ Binti Sukor

LUJNAH PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN
Ahmad Faqrukhairi Bin Nag Muddin
Nur Hashimah Binti Yahya

LUJNAH PENERANGAN DAN PENERBITAN
Muhammad Harith Bin Ahmad Mizan
Wan Siti Firdaus Binti Mohamed Rani

LUJNAH SUKAN DAN KEBUDAYAAN
Mursyidi Bin Man Sahan
Afaf Binti Mohamad

LUJNAH KEBAJIKAN
Mohamad Hafizuddin Bin Mansor
Siti Noornadhirah Binti Mohd Ramli

LUJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
Ahmad Sofwat Bin Osman
Nazhilah Binti Mohd Aziz

LUJNAH HAL EHWAL SISWI
Nur Afifah Binti Mohd Nordin


Selamat berjuang sahabatku!
 

Dhiya
Kampus Kusza, UDM

1 ulasan:

SEMOGA BERJAYA