Bagaimana agaknya perasaan seseorang yang baru menimang cahaya mata, tatkala Allah SWT mengiktirafnya sebagai ayah. Soalan itu berlegar dibenak lewat mesej yang saya terima usai kuliah Ulum Hadis tadi. Lalu soalan itu terbiar tanpa jawapan sampai waktu saya menitipkan bicara ini.
Cahaya mata, itu tamsilan yang digunapakai buat sang anak. Anak! Alangkah bahagia sang ibu dan ayah tatkala Allah SWT menghadiah anugerah agung itu. Merekalah manusia paling gembira di muka bumi ini. Kebahagiannya pasti dirasai oleh sekalian makhluk penghuni langit dan bumi. Allahuakbar!
“Salam. Kak Huda dah bersalin jam empat pagi tadi. Anak perempuan.”
Ustaz khairi dan Kak Huda… wajah mereka terus membayangi langkah saya menuju ke kediaman. Saya cuba membayangkan si puteri itu. Tidak bisa. Saya hampa. Rasa gembira bercampur geram. Saya semahunya melihat anak kecil itu. Pasti comel persis wajah ayah dan ibunya juga. Geram! Geram! Geram!
“Alf Mabruk! Ustaz dah jadi ayah.” Balas saya dengan 1001 rasa. Mulut saya masih dibasihi tasbih, tahmid dan takbir. Subhanallah alhamdulillah allahuakbar! Terus merewak pada bibir, hati dan seluruh roh saya. Doa pantas diangkat, menjadi besar.
“Nur Widad Auni, cadangnya. Ok?”
“Semoga dirimu menjadi seindah namamu wahai puteri. Dipenuhi dengan cahaya cinta dan kasih sayang yang menerangi alam ini. Semoga!” bisik saya dalam-dalam.
Mungkin saya sudah bisa membayangkan rasa hati sang suami bila dihadiahi cahaya mata. Sebagaimana yang dirasai ustaz saya yang satu ini juga isterinya. Saya turut mahu berkongsi rasa itu. Lalu mengangkatnya tinggi-tinggi melepasi tujuh petala langit. Ya, rasa itu. Rasa bergelar seorang ayah!
Tahniah buat Ustaz Khairi dan Kak Huda,
Buat si puteri, Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Ikhlas dari saya,
Abu Zaid
Kampus Kusza, UDM
p/s: Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairi (al-Hafiz) Bin Mohd Desa adalah Imam Besar Masjid KIPSAS
p/s: Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairi (al-Hafiz) Bin Mohd Desa adalah Imam Besar Masjid KIPSAS
1 ulasan:
w
Catat Ulasan