AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Jangan Tinggalkan Aku Tuhan


Sedang sibuk menyusun buku-buku yang berhamburan di atas meja, tidak sengaja saya melihat sebuah buku tulisan Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali atau lebih familiar orang-orang mengenal Imam al-Ghazali r.a. Tajuknya, “Ayyuhal Walad”. Buku ini asalnya ditulis dalam bahasa Parsi dengan nama “Al-Risalah Al-Waladiah”, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh sebahagian ulamak dan dinamakan “Ayyuhal Walad”.

Saya ambil buku itu.

'Bismillahirrahmanirrahim…'

Perlahan saya belek helaianya dan membaca dengan saksama.

NASIHAT PERTAMA

WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN

Wahai anakku yang tercinta;
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah saw. kepada umatnya ialah:
“Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka”.

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang berilmu.

Bacaan saya terhenti.

“Subhanallah…”

Jiwa saya disapa tenang, mata ditamui air jernih, kemudian berderai menjadi kali di pipi. Saya bernafas dalam sendu dan sebak yang berkunjung tanpa pelawaan. Saya istighfar panjang, merewak pada bibir, hati dan seluruh roh saya. Air mata turun berderai.

Ya Allah! Ya Allah! Saya pejamkan mata, istighfar berantai-rantai, jadi seribu, jadi sejuta. Saya menangis. Saya menangis sungguh-sungguh.

Bila ku kenang jalan hidupku
betapa ku rasa kehadiranMu
kini beranjak dewasa aku
kau berikan uluran tangan suciMu

Ya Tuhanku terimalah sujudku
Ya Tuhanku terimalah syukurku
Duhai Yang Kuasa telah Kau beri RahmatMu
Kau berikan segala kurnia KasihMu

Sedar ku semua ini milikMu
Jangan!
Jangan lagi jauh dariku
Jangan!
Jangan pernah tinggalkanku
Yang Kuasa Bimbinglah aku selalu 

Jangan Tinggalkan aku Tuhan!

"Salam Ma'al Hijrah 1432 H"


Ilahi anta maksudy wa ridhoka mathluby!

Dhiya’
Universiti Sultan Zainal Abidin
1 Muharram 1432H

1 ulasan:

sering juga hati ini mengucap "jangan tingalkan aku Tuhan", "aku ingin bersamamu", 'pandanglah aku tuhan"...namun sering kali jua hati ini mengingkari perintahMU, cinta apakah yang aku ucapkan sedang aku tidak setia pada kalimah cintaku, bagaikan tidak layak untuk aku mengungkap kalimah ini, malu padaMu tuhan,,mengungkap tidak mengota...betapa aku rasa diri ini terlalu hina disisimu,bagai sia-sia aku diciptakan tidak mampu beribadah khusyuk padamu,aku lemah Ya Allah, aku mohon rahmat dan bantuan mu,aku mahu menjadi hambaMu yang baik, punyai hati yang baik, akhlak yang baik,aku ingin ya Allah...aku hanya mampu berdoa Engkau kabulkan permintaan sepertiga malamku pada mu, permintaan rahsia antara aku dengan Mu,tidak lain hanya bertujuan jalanku padaMu terus thabat..'jangan tinggalkan aku Tuhan'