AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Pati Faridatul Faraid


Alhamdulillah,

Selesai sudah pengajian kitab Pati Faridatul Faraid di masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA dahulu KUSZA). Dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tirmizi Bin Taha, seorang pensyarah di UniSZA. Pakar dalam bidang Fiqh (Fiqh Perbandingan, Fiqh Mazhab, Qawaid Fiqh dan Fiqh Turath).

Pati Faridatul Faraid oleh kalam Al-Haj Nik ‘Abdullah Ahmad Al-Jambuwi (Darul ‘Ulum Nibung Baharu Jala (Yala) Thailand). Pati Faridatul Faraid ini mengandungi sekalian masalah Faridatul Faraid bermakna kalau mengaji ini sama jua dengan mengaji Faridatul Faraid tetapi Pati ini mudah difaham.”

Kitab ini membincangkan tentang Ilmu Tauhid atau Ilmu Usuluddin. Kitab ini telah selesai disusun di Darul ‘Ulum Nibung Baharu Jala (Yala) Thailand pada hari Jumaat 24 Jumadal thani 1384 H.

Moga-moga kita sentiasa mendapat Taufiq dan Hidayah daripada Allah. Amen!

Ilahi anta maksudy wa ridhoka mathluby!
Dhiya'
Masjid UniSZA
20 Muharram 1432H

0 ulasan: