“Iya. Semoga programnya berjalan lancar.” Kata saya mengakhiri perbualan telefon petang itu. Ketika teman-teman saya yang lain pulang ke kampung cuti ini, saya masih menyibukkan diri di sini, mengisi waktu yang ada belajar dengan guru-guru.
“Sekarang lagi ada program. Pulang ka?” serak-serak terdengar suara Kasman di hujung talian.
“Maaf akhi saya tidak pulang. Lagi ada tugasan di sini. InshAllah dipanjangkan usia kita bertemu..” Hanya itu yang bisa saya katakan.
Saya terlalu rindu pada kenangan lalu. Kenangan bersama teman-teman di seberang laut sana. Berjuang dan bekerja.
Oh, sungguh pantas masa berlalu. Terasa banyak yang saya tertinggal. Saya sebak. Ada air mata yang keluar menitis. Rindu itu terasa mengigit-gigit, menyakitkan.
Ah!
Kamai jauh terdampar di bumi Anbiya’.
Kahar baru sahaja selamat walimahnya.
Tuwo sudah pun menjadi ayah.
Adib barangkali sedang berbahagia bersama isteri tercinta.
Dan begitu juga teman-teman yang lain. Masing-masing sudah punya komitmen pada kehidupan sendiri.
Saya cuba memujuk diri untuk menerima hakikat bahawa semua kenangan itu sudah berlalu pergi.
Berprogram Bersama
"Sekarang ada program KAMI. Lepas itu program Jambori Amal." terang Kasman di balik telefon bimbit.
Kursus Amal Islami. Lama benar saya tidak menyertai program itu. Seingat saya kali terakhir mengikutinya pada tahun 2005 sebelum berangkat merantau ke Pahang. Dan kali terakhir saya menyertai program Kem Remaja Islam (KRIS) pada tahun 2007. Sekali saya pernah menyertai Jambori Amal dahulu sebelum datang ke sini. Kemudian lama selepas itu saya tidak berkesempatan untuk berprogram bersama teman-teman. Waktu bercuti sakit dahulu saya mengharap bisa sama menyertai program KRIS tapi saya tidak berkesempatan kerana masih bertarung dengan kesakitan.
Semoga nanti suatu ketika saya masih diberi kesempatan oleh Allah menabur bakti di tanah tumpah darah tercinta itu demi membina generasi baru yang benar-benar mengikut acuan Islam. Semoga!
Kepada teman-teman yang sedang bergelumang dengan tugasan dan gerak kerja, selamat buat kalian. Agar usaha dan penat lelah kalian dibalasi Allah dengan yang lebih baik maka ikhlaskanlah setiap pekerjaannya.
Saya titipkan sebuah nasihat berharga Sultan Al-Aulia' Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Katanya,

"Selamat Program""Duduklah dirimu bersama kehidupan duniawi, sedangkan hatimu bersama kehidupan akhirat dan rasamu bersama Rabbmu.."
Ilahi anta maksudy wa ridhoka mathluby!
Dhiya’
Universiti Sultan Zainal Abidin
9 Muharram 1432H
2 ulasan:
Mengatur program bukan semudah bagai diucap,cemerlang atau gagal terserlah pada hari kejadian,,,namun sungguh aku jua rindu program islami, rindu bersama sahabat-sahabat satu perjuangan, mengatur strategi agar rancangan mengikut kemahuan ISLAM,rinduku sahabat-sahabat yang sering bersamanya mengalir air mata, jua bersamanya tersenyum kambing kerana tersilap langkah,terkadang tersipu malu tersalah ucap, terkadang jua 'tertangkap'.aku rindu...walau kita jauh berbeza strategi, namun agendanya tetap sama...maka kita masih seperti dulu berjuang tapi dibumi yang berbeza tentunya cabaran jua berbeza....andai kita semua bertemu pastinya kenangan dulu mengamit kembali,walau x bisa mengungkap namun senyuman bisa menterjemahkan ,,

Catat Ulasan