AD-DHIYA'

Tuhan, Jadikanlah Aku Cahaya!


Usai Sudah...


“Hasbunallah wa ni’mal wakil.”

Hanya itu kalimah yang bisa terbit dari belahan mulut usai imtihan nihaie untuk semester ini. Ya, cukuplah Allah subhanahu wa ta’ala menjadi penolong kerana Dia adalah sebaik-baik Pelindung.

Jalan ketenangan dan kebahagian seorang mukmin apabila meletakkan segala pergantungan hanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Mengharap pengawasanNya, perlindunganNya, kecukupanNya, kekuatanNya serta pertolonganNya.

Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia.

Tawakkal itu menumbuhkan keteguhan hati dan keyakinan jiwa. Bahawa semua perkara bergantung pada tangan dan genggaman Allah subhanahu wa ta’ala. Merasa amanlah dan tenteramlah dengan janji-janji Allah subhanahu wa ta’ala dan jaminanNya. ‘Man jadda wa jada!’

Kita telah berusaha. kita telah berkorban. Kita telah melakukannya bersungguh-sungguh. Kita telah menunaikan tanggungjawab ini sebaik yang mungkin. Lalu alangkah indahnya andai semua itu kita sandarkan kepada Yang Maha Penguasa, Allah Azza wa jala.

Usai sudah imtihan nihaie untuk semester ini.


Ilahi anta maksudy wa ridhoka mathluby!

Dhiya’
Universiti Sultan Zainal Abidin
26 Zulhijjah 1431H

Catatan: Entri ini terkecuali kepada ‘PENIRU’. Anda tidak perlu bertawakkal kepada Allah kerana anda telah terlebih dahulu menderhakaiNya. Anda lebih mempercayai ‘Syaitan’ berbanding Allah. Di mata manusia anda dipuja, dipandangan Allah anda terhina dan dicerca seluruh penghuni langit dan bumi. Wahai PENIRU bertaubatlah!

0 ulasan: